Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Pilih teks dan letakkan titik sisipan
- Tambah dan gantikan teks
- Salin dan tampal teks
- Cipta senarai secara automatik
- Gunakan perencanaan untuk memasukkan teks
- Aksen dan aksara khas
- Tambah tarikh dan masa
- Tambah persamaan matematik
- Penanda buku dan rujukan silang
- Pautkan ke halaman web, e-mel, atau halaman dalam Pages pada Mac
- Hak Cipta
Pilih teks dan letakkan titik sisipan dalam Pages pada Mac
Untuk menggantikan teks tertentu, anda pilih teks itu, kemudian taip teks baru. Untuk mengedit di dalam teks, anda letakkan titik sisipan di tempat yang anda mahu mula mengedit.
Nota: Untuk mengedit teks yang berada dalam kotak teks, anda perlu mengklik dahulu teks untuk memilih kotak teks (jika ia muncul sebagai garisan kelabu di sekeliling teks), kemudian lakukan sebarang tindakan yang diterangkan dalam tugas di bawah.
Pilih teks
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Pilih satu atau lebih aksara: Klik di bahagian depan aksara pertama dan seret merentas aksara yang anda mahu.
Pilih perkataan: Dwiklik perkataan.
Pilih perenggan: Klik tiga kali dalam perenggan.
Pilih julat teks: Klik di bahagian depan aksara pertama, kemudian tahan kekunci Shift pada papan kekunci anda dan klik di hujung teks yang anda inginkan. Anda boleh memilih beberapa aksara sahaja atau sebilangan besar teks merentas perenggan atau halaman.
Untuk lebih banyak cara bagi memilih teks, lihat Gunakan pintasan papan kekunci.
Letakkan titik sisipan
Titik sisipan ialah garis menegak atau I-beam berkelip dalam teks yang menunjukkan tempat aksara seterusnya yang anda taip akan muncul.
Dalam isi teks dalam dokumen pemprosesan perkataan: Klik tempat anda mahu mula menaip.
Dalam kotak teks atau bentuk: Klik objek. Jika objek telah mengandungi teks, klik sekali untuk memilih objek, kemudian klik lagi dalam teks pada tempat yang anda mahu letakkan titik sisipan.
Dalam sel jadual: Klik sel untuk memilihnya, kemudian klik lagi pada tempat yang anda mahu mula menaip.
Selepas anda meletakkan titik sisipan, anda boleh menggunakan kekunci anak panah untuk mengalihkannya. Anda tidak boleh meletakkan titik sisipan dalam teks ruang letak. Apabila anda klik teks ruang letak, seluruh blok teks dipilih dan anda taip untuk menggantikannya.