Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Pilih teks dan letakkan titik sisipan
- Tambah dan gantikan teks
- Salin dan tampal teks
- Cipta senarai secara automatik
- Gunakan perencanaan untuk memasukkan teks
- Aksen dan aksara khas
- Tambah tarikh dan masa
- Tambah persamaan matematik
- Penanda buku dan rujukan silang
- Pautkan ke halaman web, e-mel, atau halaman dalam Pages pada Mac
- Hak Cipta
Pilih jadual, sel, baris dan lajur dalam Pages pada Mac
Untuk edit dan susun semula jadual, sel, baris dan lajur, anda mesti pilihnya terlebih dahulu.
Nota: Tugas di bawah digunakan pada jadual yang anda tambahkan pada halaman anda. Ia tidak digunakan pada halaman yang anda formatkan menjadi lajur.
Pilih jadual
Kadangkala anda mesti memilih daripada hanya mengklik jadual untuk melengkapkan tugas tertentu. Memilih memastikan jadual dalam keadaan yang betul untuk langkah seterusnya.
Mula-mula, klik luar jadual untuk memastikan ia tidak dipilih, kemudian klik jadual untuk memilihnya.
Pilih sel
Pilih sel: Klik jadual, kemudian klik sel sekali.
Pilih julat sel: Klik jadual, klik sel sekali, kemudian seret titik putih ke sebarang arah untuk merangkumi julat sel yang anda mahu pilih.
Jika anda menyeret titik kuning, anda menyalin kandungan sel ke baris yang anda seret. Jika anda melakukan ini secara tidak sengaja, seret titik kuning kembali ke kedudukan asalnya atau tekan Command-Z pada papan kekunci untuk membuat asal tindakan.
Pilih sel tidak bersebelahan: Klik jadual, klik sel sekali, kemudian Command-klik mana-mana sel lain.
Pilih baris dan lajur
Klik jadual.
Huruf muncul di atas lajur dan nombor muncul di sebelah kiri baris.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Pilih baris atau lajur tunggal: Klik nombor atau huruf baris atau lajur.
Pilih berbilang baris atau lajur: Untuk memilih baris atau lajur bersebelahan, klik nombor atau huruf untuk baris atau lajur pertama, kemudian seret titik putih untuk merangkumi baris atau lajur yang anda mahukan.
Pilih baris atau lajur yang tidak bersebelahan: Command-klik sebarang nombor baris atau huruf lajur.