Formatkan senarai dalam Pages pada Mac
Pages mengesan apabila anda mencipta senarai jika anda memulakan ayat dengan sempang atau dengan nombor atau huruf diikuti dengan noktah. Anda juga boleh memilih teks, kemudian memformatkannya sebagai senarai ringkas atau senarai dengan hierarki kompleks. Senarai berperingkat, seperti yang digunakan dalam dokumen undang-undang, gunakan nombor atau huruf tersarang (contohnya, 3., 3.1., 3.1.1.).
Anda boleh menukar gaya nombor atau huruf, menukar inden dan mencipta teks dan bulet imej anda sendiri untuk menyesuaikan senarai. Jika anda mencipta senarai yang pemformatannya anda mahu gunakan lagi dalam dokumen yang sama, anda boleh menyimpannya sebagai gaya senarai baru.
Formatkan senarai
Pilih teks yang anda mahu formatkan.
Dalam bar sisi Format , klik butang Gaya berhampiran bahagian atas.
Jika teks berada dalam kotak teks, jadual atau bentuk, klik tab Teks dahulu di bahagian atas bar sisi, kemudian klik butang Gaya.
Klik menu timbul bersebelahan Bulet & Senarai, kemudian pilih gaya senarai.
Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Bulet & Senarai, kemudian gunakan kawalan ditunjukkan di bawah untuk memformatkan senarai.
Apabila anda memilih Bulet Teks, Bulet Imej atau Nombor daripada menu timbul di bawah segi tiga pendedahan, anda boleh melihat lebih banyak kawalan yang digunakan pada jenis senarai yang anda pilih.
Jika anda mahu menyimpan seting ini untuk digunakan pada senarai lain dalam dokumen, simpannya sebagai senarai gaya anda sendiri. Lihat “Cipta gaya senarai berhierarki” di bawah untuk mengetahui caranya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mencipta senarai semasa anda menaip secara automatik, lihat Cipta senarai secara automatik.
Susun semula item senarai
Anda boleh menyeret item dalam senarai ke peringkat berlainan dalam hierarki atau ke paras inden berbeza. (Anda tidak boleh menyeret item senarai jika penjejakan perubahan aktif.)
Pilih item senarai yang anda mahu alihkan dengan mengklik bulet, nombor atau hurufnya.
Seret item ke atas atau bawah senarai, atau seretnya ke kiri atau kanan, sehingga anda nampak segi tiga biru di tempat anda mahu meletakkan item.
Tukar jujukan nombor atau huruf
Anda boleh menggunakan nombor atau huruf dalam pelbagai format untuk menentukan paras hierarki dalam senarai bertertib.
Pilih item senarai dengan penomboran atau huruf yang anda mahu tukar.
Dalam bar sisi Format , klik butang Gaya berhampiran bahagian atas.
Jika senarai berada dalam kotak teks, jadual atau bentuk, klik tab Teks dahulu di bahagian atas bar sisi, kemudian klik butang Gaya.
Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Bulet & Senarai, kemudian klik menu timbul di bawah Bulet & Senarai dan pilih Nombor.
Klik menu timbul di atas Nombor Berperingkat dan pilih jujukan nombor atau huruf.
Untuk menggunakan nombor atau huruf tersarang (sebagai contoh, 3., 3.1., 3.1.1.), pilih kotak semak Nombor Berperingkat.
Sesuaikan bulet
Anda boleh menggunakan pelbagai bulet teks dan imej untuk menambah rupa tersuai ke senarai. Sebarang aksara teks, emoji dan imej boleh bertindak sebagai bulet.
Pilih item senarai dengan bulet yang anda mahu tukar.
Dalam bar sisi Format , klik butang Gaya berhampiran bahagian atas.
Jika senarai berada dalam kotak teks, jadual atau bentuk, klik tab Teks dahulu di bahagian atas bar sisi, kemudian klik butang Gaya.
Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Bulet & Senarai, kemudian klik menu timbul di bawah Bulet & Senarai dan pilih gaya bulet (bulet teks, bulet imej atau nombor).
Lakukan salah satu daripada berikut:
Untuk bulet teks: Klik menu timbul Bulet dan pilih gaya bulet (skrol untuk melihat kesemuanya).
Untuk menggunakan teks atau aksara anda sendiri untuk bulet, dwiklik dalam medan Bulet, kemudian taipkan teks atau aksara anda sendiri. Untuk menggunakan aksara khas, pilih Edit > Emoji & Simbol (daripada menu Edit di bahagian atas skrin anda), pilih aksara, kemudian tekan Return.
Untuk bulet imej: Klik menu timbul Bulet, pilih Bulet Imej, klik butang Imej Semasa, kemudian pilih gaya bulet imej.
Untuk menggunakan imej anda sendiri, klik Imej Tersuai, kemudian pilih fail imej pada komputer anda.
Gunakan kawalan lain dalam bahagian Bulet & Senarai untuk menukar saiz bulet dan melaraskan amaun jarak antara teks dan bulet.
Laraskan jarak dan rupa bulet, nombor dan huruf
Anda boleh menukar jarak, saiz, warna dan penjajaran bulet, nombor dan huruf.
Pilih item senarai dengan bulet, nombor atau huruf yang anda mahu tukar.
Dalam bar sisi Format , klik butang Gaya berhampiran bahagian atas.
Jika senarai berada dalam kotak teks, jadual atau bentuk, klik tab Teks dahulu di bahagian atas bar sisi, kemudian klik butang Gaya.
Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Bulet & Senarai, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Inden: Taipkan nombor atau klik anak panah bersebelahan medan Inden untuk mengesetkan jarak daripada margin kiri ke bulet dan daripada teks bulet ke bulet, masing-masing.
Tukar warna bulet: Pilih warna daripada perigi warna (untuk warna praset yang selaras dengan templat) atau roda warna (untuk sebarang warna).
Anda tidak boleh menukar warna bulet imej, namun anda boleh memilih imej lain daripada menu timbul Imej Semasa (tidak ditunjukkan di atas).
Laraskan saiz bulet: Taipkan peratusan dalam medan Saiz atau klik anak panah atas dan bawah.
Alihkan bulet ke atas dan bawah garis tengah teks: Klik anak panah atas atau bawah dalam medan Penjajaran.
Jika anda ingin menggunakan perubahan ini pada senarai lain dalam dokumen, anda boleh mencipta gaya senarai atau mengemas kini gaya senarai yang anda sedang gunakan. Hanya perubahan pemformatan yang dibuat dalam bahagian Bulet & Senarai disertakan dalam gaya senarai.
Cipta gaya senarai berhierarki
Anda boleh mencipta gaya senarai untuk sebarang jenis senarai hierarki, daripada senarai ringkas yang hanya termasuk dua paras hierarki hingga yang kompleks, yang menggunakan banyak gaya nombor dan huruf untuk menandakan berbilang paras.
Setelah anda memformatkan paras hierarki, anda kemas kini (tentukan semula) gaya senarai untuk menggabungkan paras tersebut. Sebagai contoh, jika senarai anda mempunyai lima paras hierarki, anda perlu mengemas kini gaya permulaan anda lima kali untuk menentukan gaya sepenuhnya. Proses ini menghasilkan gaya tunggal yang memformatkan senarai secara automatik dengan bilangan paras yang sama yang anda tentukan. Anda kemudian boleh gunakan gaya itu untuk senarai lain dalam dokumen anda.
Klik tempat anda mahu mulakan senarai anda.
Dalam bar sisi Format , klik butang Gaya berhampiran bahagian atas.
Jika teks berada dalam kotak teks, jadual atau bentuk, klik tab Teks dahulu di bahagian atas bar sisi, kemudian klik butang Gaya.
Klik menu timbul di sebelah kanan Bulet & Senarai, kemudian klik di bahagian atas menu timbul Gaya Senarai.
Taipkan nama untuk gaya baru dalam menu timbul Gaya Senarai, kemudian tekan Return.
Taipkan item pertama dalam senarai anda.
Gunakan kawalan dalam bahagian Bulet & Senarai untuk memilih gaya nombor atau bulet bagi paras hierarki ini.
Asterisk muncul bersebelahan nama gaya dalam menu timbul untuk menunjukkan anda telah membuat perubahan kepada gaya.
Klik menu timbul bersebelahan Bulet & Senarai, kemudian klik butang Kemas Kini.
Mengklik Kemas Kini mengubah format item senarai sedia ada pada paras hierarki yang sama.
Tekan Return untuk pergi ke baris seterusnya, kemudian tekan Tab untuk mengindenkannya.
Gunakan kawalan Bulet & Senarai lagi untuk mengesetkan gaya nombor atau senarai, melaras jarak dan membuat sebarang perubahan format lain.
Klik menu timbul bersebelahan Bulet & Senarai, kemudian klik butang Kemas Kini.
Terus memformat setiap paras hierarki, mengklik butang Kemas Kini sebelum beralih ke paras seterusnya.
Hanya perubahan pemformatan yang anda buat dalam bahagian Bulet & Senarai disertakan dalam gaya senarai. Perubahan yang anda buat menggunakan kawalan dalam bahagian Fon (fon, warna fon dan gaya aksara) tidak disertakan.
Jika anda mempunyai gaya senarai yang anda selalu gunakan, anda boleh cipta pintasan papan kekunci untuk menggunakannya.
Kemas kini atau tukar kembali gaya senarai
Menukar rupa senarai—contohnya, dengan menukar gaya bulet atau nombor atau jarak inden—menghasilkan penggantian gaya, yang ditunjukkan oleh asterisk bersebelahan nama gaya senarai.
Jika anda mahu menyimpan penggantian tanpa mengemas kini gaya, jangan buat apa-apa. Teks mengekalkan perubahan anda dan asterisk muncul bersebelahan nama gaya senarai pada bila-bila masa anda memilih atau mengedit senarai.
Anda boleh juga mengemas kini gaya senarai dengan perubahan anda, atau menggunakan penggantian untuk mencipta gaya senarai baru. Jika anda tidak mahu menyimpan penggantian, anda boleh menukar kembali kepada gaya senarai asal.
Pilih item senarai dengan perubahan pemformatan anda.
Dalam bar sisi Format , klik butang Gaya berhampiran bahagian atas.
Jika senarai berada dalam kotak teks, jadual atau bentuk, klik tab Teks dahulu di bahagian atas bar sisi, kemudian klik butang Gaya.
Klik menu timbul di sebelah kanan Bulet & Senarai, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Keluarkan penggantian dan bertukar kembali kepada gaya senarai asal: Klik nama gaya (ia mempunyai tanda semak kelabu bersebelahannya). Penggantian dikosongkan, teks bertukar kembali kepada gaya asal dan tanda semak bertukar menjadi hitam.
Kemas kini gaya untuk menggunakan penggantian: Klik butang Kemas Kini (jika ada), atau gerakkan penuding ke atas nama gaya, klik anak panah yang muncul, kemudian pilihan Tentukan Semula daripada Pilihan.
Nota: Gaya senarai hanya termasuk pemformatan yang anda setkan menggunakan kawalan dalam bahagian Bulet & Senarai pada bar sisi. Sebarang pemformatan yang anda buat menggunakan kawalan dalam bahagian Fon (fon, warna fon dan gaya aksara) tidak disertakan dalam gaya senarai.
Namakan semula atau padam gaya senarai
Pilih sebarang teks dalam senarai yang menggunakan gaya yang anda mahu namakan semula atau padamkan.
Dalam bar sisi Format , klik butang Gaya berhampiran bahagian atas.
Jika senarai berada dalam kotak teks, jadual atau bentuk, klik tab Teks dahulu di bahagian atas bar sisi, kemudian klik butang Gaya.
Klik menu timbul di sebelah kanan Bulet & Senarai.
Gerakkan penuding ke atas nama gaya (ia mempunyai tanda rait di sebelahnya), kemudian klik anak panah yang muncul dan pilih pilihan:
Padam Gaya: Jika anda cuba memadamkan gaya yang sedang digunakan dalam dokumen, anda melihat isyarat dan boleh memilih gaya penggantian.
Namakan Semula Gaya: Masukkan nama baru.