Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Pilih teks dan letakkan titik sisipan
- Tambah dan gantikan teks
- Salin dan tampal teks
- Cipta senarai secara automatik
- Gunakan perencanaan untuk memasukkan teks
- Aksen dan aksara khas
- Tambah tarikh dan masa
- Tambah persamaan matematik
- Penanda buku dan rujukan silang
- Pautkan ke halaman web, e-mel, atau halaman dalam Pages pada Mac
- Hak Cipta
Setkan keutamaan Pages pada Mac
Seting keutamaan mempengaruhi kelakuan Pages dan ia digunakan pada semua dokumen Pages anda.
Buka keutamaan Pages
Pilih Pages > Keutamaan (daripada menu Pages di bahagian atas skrin anda).
Klik Umum, Pembaris dan Pembetulan Auto di bahagian atas tetingkap untuk melihat semua seting.
Kebanyakan keutamaan ialah sebahagian daripada Keutamaan Sistem komputer anda dan bukannya keutamaan Pages. Contohnya, anda setkan sesetengah keutamaan bahasa dalam bahagian keutamaan Papan Kekunci daripada Keutamaan Sistem. Untuk membuka Keutamaan Sistem, klik menu Apple di penjuru kiri atas skrin anda, kemudian pilih Keutamaan Sistem.
Anda boleh mengesetkan sesetengah keutamaan, seperti pembetulan ejaan auto, di tiga tempat: dalam Keutamaan Sistem, untuk pembetulan ejaan dalam semua app; dalam keutamaan Pages untuk semua dokumen Pages; dan dalam menu Edit untuk dokumen semasa.