Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Pilih teks dan letakkan titik sisipan
- Tambah dan gantikan teks
- Salin dan tampal teks
- Cipta senarai secara automatik
- Gunakan perencanaan untuk memasukkan teks
- Aksen dan aksara khas
- Tambah tarikh dan masa
- Tambah persamaan matematik
- Penanda buku dan rujukan silang
- Pautkan ke halaman web, e-mel, atau halaman dalam Pages pada Mac
- Hak Cipta
![](https://help.apple.com/assets/5DB779BA0946220B076D092E/5DB779C10946220B076D0943/ms_MY/8d5729f96684e2f48433ca8e089c6be9.png)
Alihkan, saiz semula dan putar carta dalam Pages pada Mac
Alihkan carta
Klik carta untuk memilihnya, kemudian seret dari tengah untuk menggerakkan carta (jangan seret segi empat putih pada jidar).
Semasa anda menyeret, panduan penjajaran kuning membantu anda menempatkan carta secara relatif kepada objek lain pada halaman.
Jika anda tidak melihat panduan penjajaran, anda boleh mengaktifkannya. Pilih Pages > Keutamaan (daripada menu Pages di bahagian atas skrin anda), kemudian klik Pembaris dan pilih panduan yang anda mahu muncul.
Saiz semula carta
Klik carta untuk memilihnya.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Ubah kedalaman atau lebar carta: Seret segi empat putih di tengah jidar teratas atau terbawah untuk menukar kedalaman carta; seret segi empat di tengah jidar kanan atau kiri untuk menukar kelebaran carta.
Saiz semula kedua-dua dimensi secara serentak: Seret segi empat putih di penjuru carta. Untuk mengekalkan perkadaran carta, Shift-seret segi empat tersebut.
Setkan saiz tertentu untuk carta: Dalam bar sisi Format
, klik Susun. Dalam bahagian Saiz pada bar sisi, taipkan nilai dalam medan Lebar dan Tinggi atau klik anak panah bersebelahan medan untuk mengesetkan dimensi khusus.
Putar carta 3D
Anda boleh memutar carta 3D untuk melaraskan sudut dan orientasinya.
Klik carta, kemudian seret
.
Jika carta 3D tidak mempunyai kawalan putaran, carta itu mungkin dikunci. Untuk memutarkan carta, anda perlu buka kuncinya terlebih dahulu.