Tempatkan dan jajarkan objek dalam Pages pada Mac
Anda juga boleh menjajarkan berbilang objek secara relatif antara satu sama lain atau tentukan lokasi objek menggunakan koordinat x dan y objek tersebut.
Nota: Jika objek diletakkan sebaris dengan teks, anda boleh menempatkannya semula hanya dengan menyeret (atau memotong dan menampal) ia ke lokasi baharu dalam teks. Untuk mengalihkan objek sebaris di luar aliran teks, lihat Alihkan objek sebaris ke halaman.
Jajarkan objek menggunakan koordinat x dan y
Anda boleh menempatkan objek terapung bebas pada halaman menggunakan koordinat x dan y.
Klik objek untuk memilihnya atau pilih berbilang objek.
Dalam bar sisi Format , klik tab Susun.
Masukkan nilai X dan Y di medan Kedudukan.
Nilai X diukur dari pinggir kiri halaman ke penjuru kiri atas objek.
Nilai Y diukur daripada pinggir atas halaman ke penjuru kiri atas objek.
Nota: Jika anda bekerja dalam dokumen pemprosesan perkataan dan medan X dan Y dimalapkan, pastikan Kekal Di Halaman dipilih di bahagian atas bar sisi.
Apabila anda menyeret objek, koordinat x dan y objek tersebut dipaparkan.
Alihkan objek sedikit
Anda boleh mengalihkan objek satu titik pada satu masa untuk menempatkannya pada halaman dengan lebih tepat.
Klik objek untuk memilihnya.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Alihkan objek satu mata: Tekan kekunci anak panah.
Alihkan objek sepuluh mata: Tahan kekunci Shift sambil anda menekan kekunci anak panah.
Petua: Anda boleh memilih berbilang objek kemudian mengalihkannya pada masa yang sama.
Jajarkan objek secara menegak atau mendatar
Anda boleh menjajarkan objek agar ia sebaris sepanjang paksi menegak atau mendatar.
Klik objek untuk memilihnya atau pilih berbilang objek.
Dalam bar sisi Format , klik tab Susun.
Klik menu timbul Jajarkan dan pilih pilihan.
Jika dua atau lebih objek dipilih, objek sejajar dengan objek yang paling jauh dalam arah yang anda pilih. Contohnya, jika anda menjajarkan tiga objek ke sebelah kiri, objek yang berada paling jauh ke kiri tidak bergerak dan objek lain menjadi sejajar dengannya.
Letakkan objek pada jarak yang sama
Anda boleh menempatkan objek agar terdapat jarak yang sama antaranya pada paksi mendatar atau menegak atau pada kedua-dua paksi.
Dalam bar sisi Format , klik tab Susun.
Klik menu timbul Edar, kemudian pilih pilihan:
Sama rata: Objek diletakkan pada jarak yang sama sepanjang paksi mendatar dan menegak.
Mendatar: Objek dijarakkan sama rata di sepanjang paksi mendatar.
Menegak: Objek dijarakkan sama rata di sepanjang paksi menegak.
Petua: Anda boleh membuka kawalan Susun dalam tetingkap berasingan yang boleh anda gerakkan ke mana-mana sahaja. Pilih Paparan > Tunjukkan Alat Susun (daripada menu Paparan di bahagian atas skrin anda, bukan daripada menu Paparan dalam bar alat).