objek

Objek ialah sebarang item yang anda letakkan pada halaman, termasuk imej (foto), kotak teks, bentuk, jadual dan carta. Untuk menambah objek ke halaman, klik satu daripada butang objek dalam bar alat.

Bar alat Pages dengan butang Jadual, Carta, Teks, Bentuk dan Media.

Secara lalai, objek terapung secara bebas, jadi anda boleh menempatkannya di mana-mana pada halaman, atau lapiskannya dengan teks atau objek lain. Apabila objek dipilih, kawalan pemformatan untuknya muncul dalam bar sisi Format di sebelah kanan dokumen. Anda boleh menambah kandungan ke objek dan mengubah suai rupanya.

Anda juga boleh mengawal cara teks mengalir di sekeliling objek. Sebagai contoh, anda boleh membuatkan teks membalut di sekeliling objek, atau meletakkan objek sebaris, supaya ia terletak pada garis yang sama dengan teks dan beralih dengan teks semasa anda menaip.