Cetak dokumen atau sampul dalam Pages pada Mac
Anda boleh mencetak dokumen menggunakan sebarang pencetak yang anda sediakan pada Mac anda. Anda juga boleh menentukan pencetak lalai, saiz kertas dan orientasi untuk dokumen.
Cetak dokumen
Buka dokumen, kemudian pilih Fail > cetak (daripada menu Fail di bahagian atas skrin anda).
Klik menu timbul Pencetak dan pilih pencetak.
Jika tiada pencetak muncul dalam menu, klik menu timbul Pencetak dan pilih sama ada Pencetak Berdekatan atau Tambah Pencetak, kemudian pilih pencetak tersedia.
Tentukan pilihan cetak:
Salin: Masukkan bilangan salinan yang anda mahu cetak.
Dwimuka: Pilih kotak semak. Ini muncul jika pencetak anda menyokong pencetakan dwimuka sahaja.
Pratonton halaman individu: Klik anak panah di bawah dokumen untuk melihat halaman individu.
Cetak julat: Pilih menu timbul Pages, pilih Julat, kemudian masukkan nombor halaman mula dan terakhir dalam julat tersebut.
Cetak komen atau anotasi pintar: Klik Tunjukkan Butiran, klik menu timbul di bawah julat halaman, kemudian pilih Pages. Pilih kotak semak yang berkenaan untuk komen atau anotasi pintar.
Cetak latar belakang halaman: Jika halaman dokumen anda mempunyai warna latar belakang, latar belakang dicetak secara automatik. Untuk menyahaktifkan latar belakang semasa mencetak, nyahpilih kotak semak.
Untuk lebih banyak pilihan cetakan: Klik Tunjukkan Butiran, kemudian gunakan kawalan cetakan untuk menukar tataletak, pengendalian kertas, pilihan suapan kertas dan banyak lagi.
Klik Cetak.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mencetak pada Mac anda, klik butang tanda soal di bahagian bawah tetingkap cetakan. Kebanyakan fungsi cetakan diuruskan oleh sistem pengendalian Mac anda dan dengan ciri terbina dalam pencetak anda.
Jika dokumen tidak mencetak atau warna kelihatan salah, semak dokumentasi yang disertakan dengan pencetak anda.
Batal atau jeda pencetakan
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tutup tetingkap cetakan tanpa mencetak: Klik Batal.
Jeda cetakan: Klik ikon pencetak dalam Dock, kemudian klik Jeda. Untuk meneruskan pencetakan, klik Teruskan.
Batalkan kerja pencetakan: Klik ikon pencetak dalam Dock, kemudian klik x kecil di sebelah kanan kerja pencetakan.
Jika anda tidak nampak ikon pencetak dalam Dock, dokumen telah dicetak. Ikon pencetak muncul hanya apabila wujud kerja dalam baris pencetakan.
Cetak sampul
Anda boleh mencetak sampul daripada dalam Pages, seperti yang diterangkan di bawah atau daripada app Kenalan pada Mac anda (lihat Bantuan Kenalan untuk mengetahui caranya).
Dengan Pages terbuka, pilih Fail > Buka (daripada menu Fail di bahagian atas skrin anda).
Klik Alat Tulis di sebelah kiri pemilih templat.
Skrol bawah ke bahagian Sampul, kemudian dwiklik templat sampul.
Dalam bar sisi Dokumen , klik tab Dokumen.
Klik menu timbul kedua dalam bahagian Pencetak & Saiz Kertas, kemudian pilih saiz sampul.
Jika anda tidak melihat saiz yang anda perlukan, anda boleh mengesetkan saiz tersuai. Pilih Fail > Persediaan Halaman (daripada menu Fail di bahagian atas skrin), klik menu timbul Saiz Kertas, kemudian pilih Uruskan Saiz Tersuai.
Pada templat sampul, klik teks ruang letak dalam alamat penerima, kemudian taipkan alamat.
Anda boleh menambah atau memadamkan garis bila perlu.
Dwiklik teks dalam alamat balas, kemudian taipkan alamat anda.
Alamat balas ialah kotak teks. Seret pemegang pilihan jika anda mahu mensaiznya semula.
Pilih Fail > Cetak.
Klik menu timbul Pencetak, pilih pencetak, kemudian klik Cetak.
Anda boleh mencipta sampul diperibadikan dengan alamat balas anda, kemudian simpan sampul sebagai templat tersuai. Templat sampul anda muncul dalam bahagian Templat Saya pada pemilih templat jika anda menyimpannya di situ.
Cetak buku kecil
Dengan dokumen terbuka, pilih Fail > Cetak (daripada menu Fail di bahagian atas skrin anda).
Klik butang Tunjukkan Butiran di bahagian bawah dialog.
Jika anda melihat butang Sembunyikan Butiran, dialog Cetak telah berada dalam paparan yang betul.
Dalam menu timbul Halaman, pilih Tataletak.
Dalam menu timbul Dua-Sisi, pilih Buku Kecil.
Pilih sebarang pilihan lain, kemudian ketik Cetak.
Untuk menyimpan seting ini sebagai praset, klik menu timbul Praset, pilih Simpan Seting Semasa sebagai Praset, taipkan nama, kemudian klik OK.
Setkan pencetak lalai dan saiz halaman
Anda boleh mengesetkan pencetak lalai untuk dokumen. Jika pencetak tidak tersedia apabila anda mencetak, pencetak lalai yang ditentukan dalam Keutamaan Sistem komputer anda digunakan.
Dalam bar sisi Dokumen , klik tab Dokumen.
Klik menu timbul Pencetak dan pilih pencetak.
Klik menu timbul Saiz Kertas dan pilih saiz kertas.
Jika anda tidak melihat saiz yang anda perlukan, anda boleh mengesetkan saiz tersuai. Pilih Fail > Persediaan Halaman (daripada menu Fail di bahagian atas skrin), klik menu timbul Saiz Kertas, kemudian pilih Uruskan Saiz Tersuai.
Klik orientasi halaman (potret atau landskap).
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang saiz kertas tersuai, lihat Setkan saiz kertas tersuai.