Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Gunakan iCloud Drive dengan Pages
- Eksport ke Word, PDF, atau format fail lain
- Buka buku iBooks Author dalam Pages
- Kurangkan saiz fail dokumen
- Simpan dokumen besar sebagai fail pakej
- Pulihkan versi lebih awal dokumen
- Alihkan dokumen
- Padam dokumen
- Kunci dokumen
- Lindungi dokumen dengan kata laluan
- Cipta dan uruskan templat tersuai
- Hak Cipta
Tambah tera air dan objek latar belakang dalam Pages pada Mac
Anda boleh menambah teks, tera air, logo atau imej lain yang muncul di tempat yang sama di latar belakang setiap halaman pada dokumen anda. Elemen berulang ini dipanggil objek tataletak bahagian. Lebih lutsinar anda jadikan objek, lebih banyak objek itu pudar ke dalam latar belakang kandungan dokumen.
Jika dokumen anda dibahagikan kepada bahagian, anda boleh menambah objek tataletak bahagian berlainan pada setiap bahagian.
Tambah tera air (objek tataletak bahagian)
Klik salah satu butang objek dalam bar alat untuk menambah kotak teks, bentuk atau imej pada mana-mana halaman dalam bahagian, kemudian seretnya ke tempat yang anda mahukan ia muncul pada setiap halaman.
Jika anda menambah kotak teks, taipkan teks yang anda mahu kelihatan.
Dalam bar sisi Format , klik tab Gaya.
Untuk melaraskan kelutsinaran (kelegapan), seret gelangsar Kelegapan untuk menjadikan objek lebih atau kurang lutsinar.
Laraskan saiz dan kedudukan objek pada halaman.
Pilih Susun > Tataletak Bahagian > Alihkan Objek ke Tataletak Bahagian (daripada menu Susun di bahagian atas skrin anda).
Objek dialihkan ke latar belakang pada setiap halaman dalam bahagian.
Objek tataletak bahagian dikunci (dijadikan tidak dapat dipilih) secara lalai.
Edit atau padamkan objek tataletak bahagian
Untuk mengedit atau memadamkan objek tataletak bahagian, jadikannya boleh dipilih terlebih dahulu.
Pilih Susun > Tataletak Bahagian > Jadikan Objek Tataletak Boleh Dipilih (daripada menu Susun di bahagian atas skrin anda).
Pilih objek tataletak bahagian, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Keluarkan objek sepenuhnya: Tekan Delete.
Kunci objek tataletak bahagian selepas mengedit: Nyahpilih Jadikan Objek Tataletak Boleh Dipilih supaya objek tataletak bahagian tidak boleh dialihkan atau dipadamkan secara tidak sengaja.
Kekalkan objek namun keluarkannya sebagai objek tataletak bahagian: Pilih Susun > Tataletak Bahagian > Alihkan Objek ke Halaman.