Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Pilih teks dan letakkan titik sisipan
- Tambah dan gantikan teks
- Salin dan tampal teks
- Cipta senarai secara automatik
- Gunakan perencanaan untuk memasukkan teks
- Aksen dan aksara khas
- Tambah tarikh dan masa
- Tambah persamaan matematik
- Penanda buku dan rujukan silang
- Pautkan ke halaman web, e-mel, atau halaman dalam Pages pada Mac
- Hak Cipta
Tambah tera air dan objek latar belakang dalam Pages pada Mac
Anda boleh menambah teks, tera air, logo atau imej lain yang muncul di tempat yang sama di latar belakang setiap halaman pada dokumen anda. Elemen berulang ini dipanggil objek induk. Lebih lutsinar anda jadikan objek, lebih banyak objek itu pudar ke dalam latar belakang kandungan dokumen.
Jika dokumen anda dibahagikan kepada bahagian, anda boleh menambah objek induk berlainan pada setiap bahagian.
Tambah tera air (objek induk)
Klik salah satu butang objek dalam bar alat untuk menambah kotak teks, bentuk atau imej pada mana-mana halaman dalam bahagian, kemudian seretnya ke tempat yang anda mahukan ia muncul pada setiap halaman.
Jika anda menambah kotak teks, taipkan teks yang anda mahu kelihatan.
Dalam bar sisi Format , klik tab Gaya.
Untuk melaraskan kelutsinaran (kelegapan), seret gelangsar Kelegapan untuk menjadikan objek lebih atau kurang lutsinar.
Laraskan saiz dan kedudukan objek pada halaman.
Pilih Susun > Induk Bahagian > Alihkan Objek ke Induk Bahagian (daripada menu Susun di bahagian atas skrin anda).
Objek dialihkan ke latar belakang pada setiap halaman dalam bahagian.
Objek induk dikunci (dijadikan tidak dapat dipilih) secara lalai.
Edit atau padamkan objek induk
Untuk mengedit atau memadamkan objek induk, jadikannya boleh dipilih.
Pilih Susun > Induk Bahagian > Jadikan Objek Induk Boleh Dipilih (menu Susun di bahagian atas skrin anda).
Pilih objek induk, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Keluarkan objek sepenuhnya: Tekan Delete.
Kunci objek induk selepas mengedit: Nyahpilih Jadikan Objek Induk Boleh Dipilih agar objek induk tidak boleh dialihkan atau dipadamkan secara tidak sengaja.
Simpan objek namun keluarkannya sebagai objek induk: Pilih Susun > Induk Bahagian > Alihkan Objek ke Halaman.