Mulakan dengan templat
Semua dokumen bermula dengan templat—model yang anda boleh gunakan sebagai titik permulaan. Anda boleh mencipta dokumen pemprosesan perkataan, seperti laporan dan surat serta dokumen tataletak halaman, seperti poster dan surat berita. Hanya gantikan teks dan imej templat dengan kandungan anda sendiri.
Pengenalan kepada dokumen pemprosesan perkataan dan tataletak halaman
Tambah jadual, foto, lukisan dan banyak lagi
Tambah objek seperti jadual, carta, bentuk dan media (imej, lukisan, audio dan video) pada dokumen anda. Anda boleh melapiskan objek, mensaiz semula dan menempatkannya pada halaman.
Sesuaikan setiap butiran
Tukar rupa teks anda, tambah bayang jatuh pada imej, isi bentuk dengan warna dan banyak lagi—anda boleh mengubah suai semuanya dalam dokumen anda. Anda juga boleh membalut teks di sekeliling imej, memautkan kotak teks supaya teks mengalir daripada satu kotak teks kepada yang seterusnya, atau menggunakan gabungan mel untuk memperibadikan berbilang dokumen secara automatik.
Menjadi penerbit
Pages disertakan templat buku yang membolehkan anda mencipta buku interaktif dalam format EPUB. Tambah teks dan imej—atau senarai kandungan. Apabila anda bersedia, anda boleh membuatkan buku anda tersedia untuk dibeli atau dimuat turun dalam Apple Books.
Bekerjasama dalam masa nyata
Jemput orang lain untuk bekerja dengan anda pada dokumen anda. Semua orang yang anda jemput boleh melihat perubahan semasa ia dibuat, tetapi anda mengawal orang yang boleh mengedit atau hanya melihat dokumen.
Panduan ini membantu anda bermula menggunakan Pages 14.0 pada iPad anda. (Untuk melihat versi Pages yang anda miliki, pergi ke Seting > Pages.) Untuk meneroka Panduan Pengguna Pages, ketik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.
Jika anda memerlukan lebih bantuan, lawati tapak web Sokongan Pages.
Panduan Pengguna Pages untuk iPad
- Selamat Datang
- Baharu dalam Pages 14.0
-
- Pengenalan kepada Pages
- Pemprosesan perkataan atau tataletak halaman?
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cari dokumen
- Buka dokumen
- Simpan dan namakan dokumen
- Cetak dokumen atau sampul
- Salin teks dan objek antara app
- Gerak isyarat skrin sentuh asas
- Gunakan Apple Pencil dengan Pages
- Sesuaikan bar alat
- Hak Cipta