Alihkan, saiz semula dan putar carta dalam Numbers pada Mac
Alihkan carta
Klik carta, kemudian seret dari tengah untuk menggerakkan carta (jangan seret segi empat putih pada jidar).
Semasa anda menyeret, panduan penjajaran kuning membantu anda menempatkan carta secara relatif kepada objek lain pada helaian.
Jika anda tidak melihat panduan penjajaran, anda boleh mengaktifkannya. Pilih Numbers > Seting (daripada menu Numbers di bahagian atas skrin anda), kemudian klik Pembaris dan pilih panduan yang anda mahu kelihatan.
Saiz semula carta
Klik carta.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Ubah kedalaman atau lebar carta: Seret segi empat putih di tengah jidar teratas atau terbawah untuk menukar kedalaman carta; seret segi empat di tengah jidar kanan atau kiri untuk menukar kelebaran carta.
Saiz semula kedua-dua dimensi secara serentak: Seret segi empat putih di penjuru carta. Untuk mengekalkan perkadaran carta, Shift-seret segi empat tersebut.
Setkan saiz tertentu untuk carta: Dalam bar sisi Format , klik Susun. Dalam bahagian Saiz pada bar sisi, taipkan nilai dalam medan Lebar dan Tinggi atau klik anak panah bersebelahan medan untuk mengesetkan dimensi khusus.
Putarkan carta 3D, radar, pai, atau donat
Anda boleh memutarkan carta 3D, radar, pai, atau donat untuk melaraskan sudut dan orientasi carta. Anda mungkin perlu menekankan sesetengah data, contohnya, dengan menempatkan data tertentu di bahagian atas atau bawah carta.
Putar carta 3D: Klik carta, kemudian seret .
Putar carta radar: Klik carta, kemudian, dalam bar sisi Format , klik tab Carta. Dalam bahagian Carta Radar, seret roda di sebelah Sudut Putaran, atau masukkan nilai darjah dalam medan bertentangan untuk menentukan sudut yang anda mahu memutar carta.
Putar carta pai: Klik carta, kemudian dalam bar sisi Format , klik tab Baji. Seret roda di sebelah Sudut Putaran, atau masukkan nilai darjah dalam medan bertentangan untuk menentukan sudut yang anda mahu memutar carta.
Putar carta donat: Klik carta, kemudian dalam bar sisi Format , klik tab Segmen. Seret roda di sebelah Sudut Putaran, atau masukkan nilai darjah dalam medan bertentangan untuk menentukan sudut yang anda mahu memutar carta.
Jika carta 3D tidak mempunyai kawalan putaran, carta itu mungkin dikunci. Untuk memutarkan carta, anda perlu buka kuncinya terlebih dahulu.