Tambah video dan audio dalam Numbers pada Mac
Anda boleh menambah video dan audio pada hamparan, atau menggantikan ruang letak media dengan video.
Nota: Fail audio dan video mesti dalam format yang disokong oleh QuickTime pada Mac anda. Jika anda tidak boleh menambah atau memainkan fail video atau audio, cuba gunakan iMovie, QuickTime Player, atau Compressor untuk menukar fail kepada fail QuickTime (dengan sambungan nama fail .mov) untuk video, atau fail MPEG-4 (dengan sambungan nama fail .m4a) untuk audio.
Anda juga boleh merakam audio dan menambahnya ke hamparan anda.
Tambah video atau audio
Lakukan salah satu daripada berikut:
Seret fail media daripada komputer anda ke ruang letak media atau ke tempat lain pada hamparan.
Untuk menambahkan video, klik dalam bar alat, pilih Foto atau Video, kemudian seret fail video ke ruang letak media atau di sebarang tempat lain pada hamparan.
Untuk menambahkan audio, klik dalam bar alat, pilih Muzik, kemudian seret fail audio ke ruang letak media atau di sebarang tempat lain pada hamparan.
Klik butang Main pada media untuk memainkannya dalam hamparan.
Tambah video daripada web
Anda boleh menambah pautan daripada YouTube dan Vimeo supaya video dimainkan terus dalam hamparan anda.
Penting: Ciri ini mungkin tidak tersedia di semua rantau.
Klik dalam bar alat, kemudian pilih Video Web.
Taip atau tampal pautan ke video, kemudian klik Masukkan.
Untuk memainkan video web dalam hamparan anda, klik butang Main .
Nota: Anda mesti bersambung ke internet untuk memainkan video daripada web.
Apabila anda menampak pautan video disokong ke dalam hamparan anda, ia dimasukkan sebagai video web secara lalai. Untuk menukar seting ini, pilih Numbers > Seting (daripada menu Numbers bahagian atas skrin anda), kemudian nyahpilih kotak semak bersebelahan “Tampal pautan YouTube dan Vimeo sebagai video web”.
Gantikan video atau audio
Klik untuk memilih video atau audio pada helaian.
Dalam bar sisi Format , klik tab Filem, Audio atau Video Web di bahagian atas bar sisi.
Klik Gantikan.
Pilih fail video atau audio, kemudian klik Buka.
Jika anda menggantikan video web, masukkan pautan ke video baharu, kemudian pilih Ganti.
Tambah perihalan video
Anda boleh menambah perihalan pada video dalam hamparan anda yang anda tambah daripada peranti anda, iCloud, atau perkhidmatan lain. Perihalan video dibaca dengan teknologi bantu (sebagai contoh, VoiceOver) apabila seseorang menggunakan teknologi itu untuk mengakses hamparan anda. Perihalan video tidak boleh dilihat di mana-mana dalam hamparan anda.
Klik video untuk memilihnya, kemudian, dalam bar sisi Format , klik tab Filem.
Klik kotak teks Perihalan, kemudian masukkan teks anda.
Jika anda mengeksport hamparan anda sebagai PDF, perihalan video masih boleh dibaca oleh teknologi bantu. Lihat Eksport format fail lain dalam Numbers pada Mac.
Untuk menambah perihalan pada imej atau lukisan, lihat Tambah perihalan imej atau Tambah perihalan lukisan. Untuk menambah kapsyen ke video anda, lihat Tambah kapsyen atau tajuk pada objek dalam Numbers pada Mac.
Tambah perihalan audio
Anda boleh menambah perihalan pada mana-mana audio dalam hamparan anda. Perihalan audio dibaca dengan teknologi bantu apabila seseorang menggunakan teknologi itu untuk mengakses hamparan anda. Perihalan audio tidak boleh dilihat di mana-mana dalam hamparan anda.
Klik audio untuk memilihnya, kemudian, dalam bar sisi Format , klik tab Audio.
Klik kotak teks Perihalan, kemudian masukkan teks anda.
Jika anda mengeksport hamparan anda sebagai PDF, perihalan audio masih boleh dibaca oleh teknologi bantu. Lihat Eksport format fail lain dalam Numbers pada Mac.
Untuk menambah perihalan pada imej, lukisan, atau video, lihat Tambah perihalan imej, Tambah perihalan lukisan atau Tambah perihalan video. Untuk menambah kapsyen ke video anda, lihat Tambah kapsyen atau tajuk pada objek dalam Numbers pada Mac.
Anda boleh mengesetkan Numbers untuk mengoptimumkan format dan kualiti filem serta imej yang anda tambah ke hamparan.
Untuk mengesetkan gelung video atau audio, melaraskan kelantangan main balik, atau membuat pengeditan lain pada media anda, lihat Edit video dan audio dalam Numbers pada Mac.