
Rakam video dan audio dalam Numbers pada iPhone
Anda boleh merakam audio atau video pada peranti anda dan menambahnya terus ke hamparan. Contohnya, jika anda merancang untuk menghantar hamparan kepada orang lain, anda boleh merakam penerangan audio tentang carta kompleks untuk membantu proses semak semula.
Untuk mengetahui cara menambah fail audio atau video sedia ada pada hamparan, lihat Tambah video dan audio.
Rakam video
Anda boleh mengambil video dengan kamera pada peranti anda dan memasukkannya secara terus ke dalam hamparan anda.
Pergi ke app Numbers
pada iPhone anda.
Buka hamparan, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Ketik
di penjuru kanan bawah ruang letak media, kemudian ketik Ambil Foto atau Video.
Ketik
dalam bar alat, ketik
, kemudian ketik Kamera.
Ketik Video, kemudian ketik
untuk mula merakam; ketik
untuk berhenti.
Untuk menonton video, ketik
.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Masukkan video: Ketik Gunakan Video.
Ambil video sekali lagi: Ketik Ambil Semula.
Batal dan kembali ke hamparan: Ketik Ambil Semula, kemudian ketik Batal.
Seret sebarang titik biru untuk mensaiz semula video, kemudian ketik Selesai.
Anda tidak boleh memotong video dalam Numbers. Video tersedia dalam app Foto pada peranti anda, di mana anda boleh mengeditnya.
Rakam audio
Pergi ke app Numbers
pada iPhone anda.
Buka hamparan, ketik
dalam bar alat, ketik
, kemudian ketik Rakam Audio.
Nota: Selepas anda merakam, anda masukkan rakaman di tempat yang anda mahu dalam hamparan.
Ketik
dan mula merakam; apabila anda mahu berhenti, ketik
.
Semasa anda merakam, anda boleh skrol, zum dan lihat helaian berbeza.
Untuk mempratonton rakaman anda, ketik
.
Untuk mempratonton daripada titik tertentu, leret ke kiri atau kanan pada rakaman untuk menempatkan garisan hijau, kemudian ketik
.
Untuk mengedit rakaman anda, ketik
, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Rakam semula bahagian: Seret pemegang hijau untuk memilih bahagian. Ketik
untuk merakam merentas bahagian itu.
Pangkas: Seret pemegang hijau untuk mentakrifkan bahagian yang anda mahu simpan. Ketik
untuk memadamkan semua di luar pemegang.
Padamkan semua atau sebahagian daripada rakaman: Seret pemegang hijau untuk mentakrifkan bahagian yang anda mahu padam. Ketik
untuk memadamkan semua dalam pemegang.
Pergi ke helaian tempat anda mahu menambah rakaman, ketik Masukkan atau Selesai di bahagian atas skrin, kemudian seret rakaman untuk menggerakkannya.
Untuk memainkan rakaman anda, ketik untuk memilihnya, kemudian ketiknya lagi. Untuk mengedit atau memadamkan rakaman selepas anda menambahkannya pada helaian, ketiknya, kemudian ketik Edit atau Padam.
Anda juga boleh berkongsi rakaman anda sebagai fail audio. Ketik rakaman dalam hamparan, ketik , kemudian ketik Kongsi.
Untuk bekerja dengan berbilang video atau objek audio pada masa yang sama, sentuh dan tahan satu objek, kemudian ketik objek lain dengan jari lain.