Panduan Pengguna Numbers untuk iPhone
- Selamat Datang
- Baharu dalam Numbers 14.2
-
- Bermula dengan Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka hamparan
- Elakkan pengeditan secara tidak sengaja
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Tukar latar belakang helaian
- Salin teks dan objek antara app
- Asas skrin sentuh
- Hak Cipta
Cipta hamparan dalam Numbers pada iPhone
Untuk mencipta hamparan baharu, pertama sekali anda memilih templat untuk digunakan sebagai titik permulaan. Templat menggunakan fon dan warna dikoordinasikan untuk rupa bersepadu serta sentiasa menyertakan ruang letak yang anda boleh gantikan dengan kandungan anda sendiri.
Cipta hamparan
Pergi ke app Numbers pada iPhone anda.
Dalam pengurus hamparan, ketik Pilih Templat di bahagian atas skrin untuk membuka pemilih templat (ditunjukkan di bawah). Jika anda tidak melihat Pilih Templat, ketik .
Nota: Jika anda mahu keupayaan untuk memformat data jadual dan carta menggunakan konvensyen bahasa berlainan, pilih bahasa sebelum memilih templat. Lihat Tukar bahasa dan format hamparan.
Ketik templat hamparan untuk membukanya.
Skrol untuk melihat semua templat, atau ketik kategori di bahagian atas.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Ketik sel jadual untuk memadamkan kandungan ruang letak dan menambah kandungan anda sendiri.
Ketik dalam bar alat untuk menambah jadual, kotak teks, bentuk dan imej lain.
Susun helaian dengan menyeret jadual dan objek ke tempat yang anda mahukan.
Untuk menutup hamparan, ketik di penjuru kiri atas skrin.
Numbers menyimpan perubahan anda secara automatik semasa anda bekerja, jadi anda tidak perlu risau untuk sentiasa menyimpan hamparan anda secara manual. Walau bagaimanapun, menamakan semula hamparan anda adalah idea yang baik supaya anda senang mencarinya kali seterusnya anda mahu bekerja pada hamparan. Anda boleh menukar nama hamparan atau tukar tempat ia disimpan pada bila-bila masa.