Panduan Pengguna Numbers untuk iPhone
- Selamat Datang
- Baharu
-
- Bermula dengan Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka hamparan
- Elakkan pengeditan secara tidak sengaja
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Tukar latar belakang helaian
- Salin teks dan objek antara app
- Asas skrin sentuh
- Hak Cipta

Jadikan aksara superskrip atau subskrip dalam Numbers pada iPhone
Anda boleh menaikkan atau menurunkan teks berhubungan dengan teks bersebelahannya dengan menjadikannya superskrip atau subskrip. Anda juga boleh menukar seting untuk menjadikan akhiran nombor (seperti st dan nd) superskrip secara automatik.
Tukar garis asas aksara
Pergi ke app Numbers
pada iPhone anda.
Buka hamparan, kemudian pilih teks yang anda mahu tukar, kemudian ketik
.
Ketik
dalam bahagian Fon di kawalan.
Jika anda tidak nampak kawalan teks, ketik Teks atau Sel.
Ketik pilihan garis asas.
Jadikan akhiran nombor superskrip semasa anda menaip
Anda boleh mengeset Numbers untuk menjadikan akhiran nombor superskrip semasa anda menaip.
Pergi ke app Numbers
pada iPhone anda.
Buka hamparan, ketik
di bahagian atas skrin, kemudian ketik Seting.
Ketik Pembetulan Auto.
Aktifkan Akhiran Nombor, kemudian ketik Selesai di bahagian atas skrin.
Apabila seting ini aktif, jika anda tidak mahu akhiran menjadi superskrip, anda boleh menukar garis asas untuk teks tersebut secara manual (lihat tugas di atas).