![](https://help.apple.com/assets/6033DDE992CEA855552F17AB/6033DDE992CEA855552F17B2/ms_MY/644303d199b1bf61827a5854ae4867f8.png)
Cari muzik dalam Muzik pada Mac
Menggunakan Carian dalam Muzik, anda boleh mencari muzik daripada kategori kegemaran anda, melihat sejarah carian terbaru anda dan mencari Apple Music atau pustaka anda dengan cepat.
Walaupun anda tidak melanggan Apple Music, anda boleh mencari muzik, mendengar atau melihat pratonton muzik dan video, serta mendengar stesen radio Apple Music 1 secara percuma.
![Tetingkap Apple Music menunjukkan medan carian di penjuru kiri atas, senarai kategori di bahagian tengah tetingkap dan Apple Music, Pustaka Anda dan iTunes Store tersedia di penjuru kanan atas. Masukkan kriteria carian dalam medan carian, kemudian pilih untuk mencari semua daripada Apple Music, pustaka anda sahaja, atau iTunes Store.](https://help.apple.com/assets/6033DDE992CEA855552F17AB/6033DDE992CEA855552F17B2/ms_MY/f8cea0e9de1145ef31038baa2d45cd34.png)
Dalam app Muzik
pada Mac anda , klik medan carian di penjuru kiri atas, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih daripada kategori: Pilih genre, suasana atau aktiviti, seperti Tarian atau Kecergasan.
Pilih carian terbaru: Pilih sesuatu yang anda cari baru-baru ini, seperti lagu, artis atau album.
Cari dalam Apple Music: Masukkan perkara yang anda cari (seperti tajuk atau lirik lagu), klik Apple Music di sebelah kanan, kemudian pilih cadangan atau tekan Return.
Cari dalam pustaka anda: Masukkan perkara yang anda cari (seperti nama artis atau album), klik Pustaka Anda di sebelah kanan, kemudian pilih cadangan atau tekan Return.
Cari iTunes Store: Masukkan perkara yang anda cari (seperti nama artis atau album), klik iTunes Store di sebelah kanan, kemudian pilih cadangan atau tekan Return.
Jika anda tidak melihat iTunes Store, pilih Muzik > Keutamaan, klik Umum, pastikan iTunes Store dipilih, kemudian klik OK.
Hasil carian anda muncul dalam tetingkap Muzik.
Untuk memulakan carian baru, padam teks daripada medan carian atau klik butang Padam dalam medan carian.