Mainkan radio Apple Music dalam Muzik pada Mac
Radio Apple Music menampilkan tiga stesen radio bertaraf dunia (Apple Music 1, Apple Music Hits dan Apple Music Country), serta koleksi stesen berdasarkan genre berbeza. Stesen ini memberikan cara yang hebat untuk menerokai dan menikmati muzik baru, atau mengikuti muzik kegemaran anda.
Anda juga boleh mencipta stesen tersuai anda sendiri, berdasarkan pilihan artis, lagu, atau genre anda.
Mainkan stesen
Dalam app Muzik pada Mac anda, klik Radio di bawah Apple Music dalam bar sisi.
Alihkan penuding ke atas sebarang stesen, rancangan, atau senarai main, kemudian klik butang Main .
Untuk sesetengah stesen, anda boleh klik butang Seterusnya dalam kawalan main balik untuk melangkau ke lagu seterusnya (atau gunakan Touch ID).
Cipta stesen
Anda boleh mencipta stesen di mana-mana sahaja dalam Muzik yang anda boleh mainkan lagu.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti: “Mainkan lagu oleh Victoria Monét.” Ketahui cara untuk minta Siri.
Dalam app Muzik pada Mac anda, klik sebarang pilihan di bawah Pustaka dalam bar sisi. Sebagai contoh, klik Lagu untuk melihat semua lagu dalam pustaka anda.
Pilih item, klik butang Lagi , kemudian pilih Cipta Stesen.
Stesen baru tersedia dalam senarai Terbaru Dimainkan (dalam Radio di bawah Apple Music dalam bar sisi).