Tukar keutamaan dalam Muzik pada Mac
Gunakan keutamaan Muzik untuk menukar pilihan bagi pustaka muzik anda, cara muzik dimainkan dan banyak lagi.
Dalam app Muzik pada Mac anda, pilih Muzik > Keutamaan, kemudian klik anak tetingkap keutamaan:
Umum: Tukar seting yang meliputi daripada menamakan pustaka hingga memilih cara untuk menunjukkan senarai.
Main Balik: Pilih cara untuk memudarkan lagu masuk dan keluar, tukar kualiti bunyi muzik semasa main balik dan banyak lagi.
Fail: Setkan dan susun folder Media Muzik anda.
Pengehadan: Halang akses ke iTunes Store, pustaka dikongsi dan jenis kandungan tertentu.
Lanjutan: Tukar pilihan untuk karya seni album, main balik video dan banyak lagi.
Untuk mengetahui tentang pilihan dalam anak tetingkap, klik butang Bantuan di bawah anak tetingkap.