Cipta senarai keinginan dalam Muzik pada Mac
Anda boleh mencipta senarai keinginan item yang anda mahu beli daripada iTunes Store kemudian. Akaun anda tidak dicaj sehingga anda telah membeli item.
Hanya anda boleh melihat senarai keinginan anda.
Cipta senarai keinginan atau tambah item padanya
Dalam app Muzik pada Mac anda, cari iTunes Store. Lihat Cari muzik.
Hasil carian anda muncul dalam tetingkap Muzik.
Untuk mempratonton item sebelum menambahnya ke senarai keinginan anda, gerakkan penuding ke atas item, kemudian klik butang Pratonton .
Untuk menambah item ke senarai keinginan anda, klik anak panah bersebelahan harga, pilih Tambah ke Senarai Keinginan daripada menu timbul, kemudian ikut arahan atas skrin.
Pilih Tambah ke Senarai Keinginan daripada menu timbul.
Lihat, beli atau keluarkan item daripada senarai keinginan anda
Dalam app Muzik pada Mac anda, pilih Akaun > Senarai Keinginan.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Beli item pada senarai keinginan anda: Klik harga bersebelahan item yang anda mahu beli.
Untuk memastikan lagu yang anda mahukan, anda boleh mendengar pratonton (bahagian lagu sepanjang 30 atau 90 saat) dengan mendwiklik tajuk lagu atau mengklik butang Pratonton untuk lagu.
Keluarkan item daripada senarai keinginan anda: Pilih item atau gerakkan penuding ke atasnya, kemudian klik butang Padam .
Halaman Senarai Keinginan juga menyenaraikan semua item yang anda pratonton dalam iTunes Store atau menggunakan Siri pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda.