Lihat dan masukkan lirik dalam Apple Music pada Windows
Jika anda ialah pelanggan Apple Music, anda boleh melihat lirik untuk lagu yang sedang dimainkan, apabila tersedia.
Untuk lagu lain, anda boleh memasukkan lirik dalam Apple Music dan melihatnya pada bila-bila masa. Anda tidak boleh menambah lirik pada sesetengah jenis fail, seperti WAV.
Nota: Apple Music dan lossless tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Lihat lirik lagu untuk lagu yang sedang dimainkan
Pergi ke app Apple Music pada peranti Windows anda.
Pilih sebarang pilihan di bawah Pustaka dalam bar sisi. Sebagai contoh, pilih Album untuk melihat semua album dalam pustaka anda.
Dwiklik atau dwiketik lagu untuk memainkannya.
Pilih .
Anda melihat lirik bergantung kepada lagu. (Lirik tidak tersedia untuk semua lagu.)
Jika anda melanggan Apple Music, lagu yang tersedia dalam lossless mempunyai butang Lossless bersebelahannya.
Lakukan mana-mana yang berikut dalam tetingkap Lirik:
Lompat ke rangkap tertentu: Skrol, kemudian pilih sebarang baris (tersedia apabila lirik kelihatan tepat dengan muzik).
Tutup tetingkap Lirik: Pilih sekali lagi.
Masukkan lirik lagu
Pergi ke app Apple Music pada peranti Windows anda.
Pilih untuk lagu, kemudian pilih Sifat.
Pilih Lirik, kemudian pilih Lirik Tersuai di bahagian bawah tetingkap.
Masukkan perkataan ke dalam lagu, kemudian pilih OK.
Untuk menyelaraskan lirik merentas peranti, anda memerlukan langganan Apple Music atau iTunes Match.