
Padamkan lagu dan item lain dalam Apple Music pada Windows
Anda boleh memadamkan lagu, senarai main, folder dan kandungan lain dalam Apple Music. Anda boleh mengeluarkan item daripada pustaka anda atau daripada komputer anda.
Pergi ke app Apple Music
pada peranti Windows anda.
Pilih
untuk item yang anda mahu padamkan, kemudian pilih Padam daripada Pustaka. Secara pilihan, tekan kekunci Backspace, kemudian pilih Padam.
Lakukan satu daripada berikut:
Keluarkan item hanya daripada pustaka anda: Pilih Simpan Fail.
Padamkan item daripada komputer anda: Pilih Pindah ke Sampah. Item dikeluarkan pada kali seterusnya anda mengosongkan Tong Kitar Semula.
Nota: Jika lagu dikeluarkan daripada pustaka anda dengan serta-merta (iaitu anda tidak mendapat pilihan untuk menyimpan fail atau mengalihkannya ke Tong Kitar Semula), anda boleh menambah dan memuat turunnya daripada Apple Music lagi.
Jika anda mengakses pustaka muzik anda pada berbilang peranti, lagu yang anda padamkan daripada pustaka anda masih tersedia, jadi anda boleh memainkan atau memuat turun lagu pada bila-bila masa.
Jika anda tidak dapat mengeluarkan lagu, pastikan anda tidak memilih lagu dalam Senarai Main Pintar dengan “Kemas kini langsung” diaktifkan.