Daftar masuk ke Akaun Apple anda dalam Apple Music pada Windows
Untuk melanggan Apple Music atau membeli item dalam iTunes Store, anda memerlukan Akaun Apple. Jika anda tidak mempunyai akaun, anda boleh mencipta satu dalam app Apple Music. Anda telah mempunyai Akaun Apple jika anda melanggan Apple Music atau menggunakan iCloud.
Cipta Akaun Apple baharu dalam app Apple Music
Pergi ke app Apple Music pada peranti Windows anda.
Jika anda tidak mempunyai app Apple Music pada peranti Windows, anda boleh memasangnya.
Pilih Daftar Masuk di bahagian bawah bar sisi, kemudian pilih Daftar Masuk.
Pilih Cipta Akaun Apple Baharu, kemudian ikut arahan atas skrin.
Daftar masuk ke Akaun Apple anda dalam app Apple Music
Selepas anda mencipta Akaun Apple, anda boleh mendaftar masuk dan mengakses iTunes Store untuk membeli muzik, melihat atau menukar maklumat akaun anda dan melihat sejarah pembelian anda.
Nota: Jika anda telah mendaftar masuk ke Akaun Apple anda dalam app Apple TV, anda mendaftar masuk kepadanya dalam Apple Music secara automatik.
Pergi ke app Apple Music pada peranti Windows anda.
Pilih Daftar Masuk di bahagian bawah bar sisi, kemudian pilih Daftar Masuk.
Jika anda terlupa kata laluan Akaun Apple anda, pilih “Terlupa kata laluan?” dan ikuti arahan atas skrin.
Lihat artikel Sokongan Apple Daftar masuk ke Akaun Apple anda dan Pengesahan dua faktor untuk Akaun Apple.