Apple Music Windows
Halang lagu daripada bermain dalam Apple Music pada Windows
Anda boleh mengesetkan Apple Music untuk mengabaikan sesetengah lagu dalam pustaka anda dan jangan mainkannya.
Pergi ke app Apple Music pada peranti Windows anda.
Nyahpilih kotak semak bersebelahan lagu.
Jika anda tidak melihat kotak semak di sebelah kiri tajuk lagu, pilih di bahagian atas bar sisi, pilih Seting, pilih Umum, kemudian pastikan “Kotak semak senarai lagu” diaktifkan di bawah Tunjukkan. Lihat Tukar seting Umum.
Penting: Menyahpilih kotak semak lagu mengeluarkan tanda semak daripada lagu dalam semua senarai main.