Import muzik daripada komputer ke Apple Music pada Windows
Jika anda mempunyai fail lagu atau video muzik pada komputer, anda boleh mengimport ke Apple Music supaya ia kelihatan dalam pustaka muzik anda.
Dalam app Apple Music pada komputer Windows anda, pilih butang Tindakan Bar Sisi di bahagian atas bar sisi, pilih Seting, kemudian pilih Import.
Cari fail atau folder, kemudian pilih Buka.
Jika anda menambah folder, semua fail yang terkandung dalamnya ditambah pada pustaka anda.
Petua: Anda juga boleh menyeret fail atau folder daripada Penjelajah Fail ke tetingkap Apple Music untuk mengimportnya.
Secara lalai, Apple Music meletakkan salinan setiap fail audio dalam folder Apple Music (Utama\Muzik\Apple Music) dan meninggalkan fail asal di lokasi semasa. Untuk maklumat tentang menambah alias pada fail (bukannya mencipta salinan), lihat Tukar tempat fail muzik anda disimpan.
Apabila anda mengimport item dengan menyeretnya ke tetingkap Apple Music atau memilih Import, rujukan (atau “penuding”) ke item—bukan item itu sendiri—diletakkan dalam folder Apple Music. Anda mungkin tidak boleh memainkan lagu jika anda mengalihkannya.