Apple Music 1.4 Windows
Pudar antara lagu dalam Apple Music pada Windows
Anda boleh mengesetkan Apple Music untuk memudar masuk ke setiap lagu (menambahkan kelantangan secara berkadar) sementara lagu sebelumnya memudar keluar. Ciri ini, dipanggil pudar silang, menghalang jurang senyap antara lagu.
Dalam app Apple Music pada komputer Windows anda, pilih butang Tindakan Bar Sisi di bahagian atas bar sisi, pilih Seting, kemudian pilih Main Balik.
Aktifkan “Pudar silang lagu”.
Untuk menukar jumlah masa yang diambil untuk lagu semasa pudar keluar pada penghujung dan lagu baharu untuk pudar masuk, seret gelangsar Tempoh.
Apabila Apple Music memainkan trek berturutan daripada album yang sama, pudar silang dinyahaktifkan secara automatik, tanpa memudar antara lagu (atau trek).