Formatkan teks dan animasikan mesej pada Mac
Formatkan teks dalam mesej anda atau tambah kesan teks yang ceria pada sebarang gelembung mesej atau transkrip.
Nota: Untuk menghantar dan menerima mesej dengan pemformatan atau kesan, anda dan penerima anda mesti menggunakan iMessage. Pemformatan teks dan kesan teks kelihatan untuk penerima yang menggunakan macOS 15, iOS 18, iPadOS 18, watchOS 11, visionOS 2 atau lebih baharu. Jika tidak, mesej kelihatan dalam teks biasa.
Format dan animasikan perkataan
Formatkan teks dalam mesej anda dengan tebal, italik atau garis bawah, atau tambahkan kesan beranimasi yang ceria seperti peledakan atau getar kepada sebarang huruf, perkataan, ayat—juga emoji—dalam teks yang anda hantar menggunakan iMessage.
Pergi ke app Mesej
pada Mac anda.
Dalam perbualan baharu atau sedia ada, masukkan mesej baharu, kemudian pilih teks yang anda mahu formatkan atau animasikan.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih Format berdekatan bahagian atas skrin anda.
Control-klik teks dipilih.
Pilih pemformatan pilihan anda (tebal, italik, garis bawah atau garis potong) atau kesan teks (Besar, Kecil, Getar, Angguk, Peledakan, Riak, Mekar atau Ketar).
Untuk menghantar mesej anda dengan format atau animasi, tekan Return pada papan kekunci anda.
Tambah kesan ke gelembung mesej atau skrin penuh
Anda boleh menambah kesan khas pada mesej anda, seperti berikut:
Kesan gelembung yang menukar cara mesej kelihatan—Slam atau Lantang menjadikannya menonjol, Lembut supaya ia tiba dengan lembut dan Dakwat Halimunan mengaburkan gelembung sehingga penerima anda mengelap untuk mendedahkannya
Animasi skrin penuh seperti bunga api, belon, konfeti, laser yang bertenaga, lampu sorot yang bergerak atau kesan gema—yang memenuhi perbualan dengan salinan gelembung mesej anda dalam transkrip
Pergi ke app Mesej
pada Mac anda.
Pilih perbualan.
Masukkan mesej anda dalam medan di bahagian bawah tetingkap.
Klik
di sebelah kiri medan mesej (berdekatan bahagian bawah), klik Kesan Mesej, kemudian klik kesan.
Apabila anda memilih kesan, anda melihat pratontonnya.
Untuk menghantarnya, tekan Return pada papan kekunci anda atau klik
.
Lihat item dengan dakwat halimunan atau kesan khas lain
Pergi ke app Mesej
pada Mac anda.
Pilih perbualan.
Tahan penuding di atas item yang dihantar dengan dakwat halimunan untuk “mengelap” dan melihat item. Item sekali lagi dikaburkan apabila anda mengalihkan penuding anda.
Kesan mesej lain dipaparkan secara automatik. Untuk melihat kesan lagi, klik butang Main Semula di bawah mesej. Untuk memastikan anda menerima mesej dengan kesan ini, pilih Mesej > Seting, klik Umum, kemudian pilih Main auto kesan mesej. Lihat Hentikan atau kurangkan pergerakan atas skrin.
Jika anda menghantar item dengan kesan mesej kepada seseorang yang peranti mereka tidak menyokongnya, penerima melihat teks perihalan, seperti “dihantar dengan Kesan Slam”.
Lihat mesej tulisan tangan
Pada model iPhone dan iPad tertentu, orang boleh menghantar mesej tulisan tangan dan elemen Digital Touch kepada anda (seperti lakaran atau denyutan jantung).
Pergi ke app Mesej
pada Mac anda.
Pilih perbualan.
Untuk melihat mesej tulisan tangan dan elemen Digital Touch, dwiklik item dalam perbualan.
Tetingkap Lihat Cepat terbuka.
Untuk menyimpan item sebagai fail imej, seretnya ke desktop atau dokumen anda.
Untuk menghantar mesej tulisan tangan, lihat Lukis dan tulis tangan mesej dalam Panduan Pengguna iPhone.