
Kongsi lokasi anda menggunakan Mesej pada Mac
Anda boleh berkongsi lokasi semasa anda dalam mesej supaya orang lain tahu lokasi anda.
Anda dan penerima anda perlu didaftar masuk ke iCloud untuk berkongsi lokasi. Tambahan lagi, anda perlu mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk Mesej. Lihat Benarkan app mengesan lokasi Mac anda.
Kongsi lokasi anda
Dalam app Mesej
pada Mac anda, pilih perbualan.
Klik butang Info
di penjuru kanan atas, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Hantar lokasi anda satu kali: Klik Hantar Lokasi Semasa Saya.
Peta kelihatan dalam transkrip menunjukkan lokasi semasa anda. Jika anda menukar lokasi, peta tidak dikemas kini.
Kongsi lokasi anda untuk tempoh masa yang berterusan: Klik Kongsi Lokasi Saya, kemudian pilih tempoh masa untuk berkongsinya dalam perbualan semasa. Contohnya, anda boleh berkongsi lokasi anda sehingga penghujung hari dan orang itu boleh melihat lokasi aktif anda dalam tempoh masa tersebut.
Berhenti berkongsi lokasi anda
Dalam app Mesej
pada Mac anda, pilih perbualan.
Klik butang Info
di penjuru kanan atas, kemudian klik Henti Berkongsi Lokasi Saya.