Apa yang baharu dalam Mesej pada Mac?
App Mesej dalam macOS Sonoma menawarkan ciri baharu termasuk pelekat penuh perasaan, leret untuk membalas, mesej audio ditranskripsikan dan banyak lagi.
Dengan macOS Sonoma 14.2 atau lebih baharu, jika anda menerima mesej apabila anda jauh daripada Mac, anda boleh pergi ke mesej belum dibaca pertama dalam perbualan. Lihat Baca mesej yang anda terlepas.
Ekspresikan diri anda dengan pelekat yang sepadan dengan personaliti dan perasaan anda, termasuk pelekat yang anda cipta daripada foto anda pada iPhone atau iPad anda. Lihat Hantar pelekat.
Gabungkan penapis untuk mengecilkan carian anda dengan cepat. Sebagai contoh, cari istilah carian tertentu dalam perbualan tertentu. Lihat Cari perbualan.
Balas dengan lebih cepat—gunakan trackpad anda atau Magic Mouse dan leret dengan dua jari. Lihat Hantar balasan sebaris kepada mesej.
Baca transkrip mesej audio sebaik sahaja ia dihantar dan dengarnya kemudian. Lihat Hantar mesej audio.
Minta lokasi rakan dalam Mesej, kemudian lihatnya terus dalam perbualan anda. Lihat Minta atau lihat lokasi seseorang.