Pintasan papan kekunci dalam Mesej pada Mac
Dalam app Mesej pada Mac, anda boleh menyelesaikan banyak tugas dengan cepat menggunakan pintasan papan kekunci. Lihat pintasan di bawah, serta dalam menu Mesej di bar menu. Dalam menu app, pintasan papan kekunci diwakili oleh simbol.
Nota: Pintasan papan kekunci dalam app mungkin berbeza bergantung pada bahasa dan tataletak papan kekunci yang anda gunakan pada Mac anda. Jika pintasan di bawah tidak berfungsi seperti yang anda jangkakan, cari dalam menu app dalam bar menu untuk melihat pintasan yang betul. Anda juga boleh menggunakan Pemapar Papan Kekunci untuk melihat tataletak papan kekunci semasa anda, yang dikenali sebagai sumber input.
Mesej
Tindakan | Pintasan |
---|---|
Buka seting Mesej | Command-Koma (,) |
Sembunyikan Mesej | Command-H |
Sembunyikan semua kecuali Mesej | Option-Command-H |
Keluar dari Mesej | Command-Q |
Command-N | |
Buka tetingkap Mesej | Command-0 |
Tutup tetingkap Mesej | Command-W |
Cetak perbualan | Command-P |
Tunjukkan semua perbualan Mesej | Control-Command-1 |
Tunjukkan perbualan daripada pengirim yang dikenali | Control-Command-2 |
Tunjukkan perbualan daripada pengirim yang tidak dikenali | Control-Command-3 |
Tunjukkan perbualan dengan mesej belum dibaca | Control-Command-4 |
Tunjukkan mesej atau perbualan terbaru dipadam | Control-Command-5 |
Command-F | |
Command-[nombor] (tekan 1 hingga 9 untuk perbualan dipinkan yang anda mahukan) | |
Pergi ke perbualan dinyahpin pertama | Option-Command-1 |
Buka tetingkap Emoji & Simbol | Control-Command-Space |
Minimumkan tetingkap | Command-M |
Masuk paparan skrin penuh | Control-Command-F |
Perbualan
Tindakan | Pintasan |
---|---|
Jadikan teks lebih besar | Command-Tanda Tambah (+) |
Jadikan teks lebih kecil | Command-Tanda Tolak (–) |
Masukkan pemisah baris atau cipta perenggan baharu dalam mesej | Option-Return atau Shift-Return |
Kembali | |
Command-E | |
Salin teks dipilih | Command-C |
Tampal teks disalin | Command-V |
Buka tetingkap Ejaan dan Tatabahasa | Shift-Command-Titik Bertindih (:) |
Semak medan mesej untuk isu ejaan dan tatabahasa | Command-Koma Bertitik (;) |
Balas ke mesej masuk terakhir (atau dipilih) dalam perbualan | Command-R |
Tambah Tapback ke mesej terakhir (atau dipilih) dalam perbualan | Command-T, kemudian tekan 1 hingga 6 untuk Tapback yang anda mahukan |
Pilih perbualan seterusnya | Control-Tab |
Pilih perbualan sebelumnya | Control-Shift-Tab |
Buka paparan Info perbualan | Command-I |
Sembunyikan atau nyahsembunyi isyarat untuk perbualan | Option-Command-M |
Shift-Command-U | |
Buka kad Kenalan untuk penerima perbualan | Option-Command-B |
Hantar e-mel kepada kenalan dipilih dalam perbualan | Option-Command-E |
Tunjukkan kesan video (ketika dalam panggilan video dalam Mesej) | Shift-Command-E |
Tunjukkan imej dipilih dalam tetingkap Lihat Cepat | Space |
Delete (pertama, pilih mesej) |