Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Terjemahkan teks dalam perbualan dalam Mesej pada Mac
Anda boleh menterjemahkan mesej yang anda terima dalam bahasa berbeza dengan serta-merta.
Nota: Terjemahan mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau di semua negara atau rantau. Lihat halaman web Ketersediaan Ciri macOS.
Terjemahkan teks
Pergi ke app Mesej
pada Mac anda.
Pilih perbualan.
Pilih teks yang anda mahu terjemahkan, Control-klik teks, kemudian pilih Terjemah.
Untuk menukar bahasa teks yang anda terjemahkan, klik pada nama bahasa dan pilih bahasa berbeza dalam menu timbul.
Gunakan Terjemahan Langsung
Jika Apple Intelligence* diaktifkan, anda boleh menggunakannya untuk menterjemahkan teks dalam Mesej secara automatik. Lihat Terjemahkan mesej, panggilan dan perbualan.