
Baca mesej yang anda terlepas pada Mac
Jika anda menerima mesej semasa anda menjedakan pemberitahuan atau anda berjauhan daripada Mac, anda boleh mengikuti perbualan yang sibuk dengan dua cara: anda boleh melompat ke mesej pertama yang anda belum lihat atau anda boleh membaca ringkasan.
Mesej dikumpulkan mengikut perbualan dalam senarai perbualan. Titik menunjukkan anda belum membaca satu atau lebih mesej dalam perbualan itu.
Lompat ke mesej belum dibaca pertama
Pergi ke app Mesej
pada Mac anda.Pilih perbualan yang belum dibaca, kemudian klik
.Paparan perbualan anda beralih ke atas ke mesej belum dibaca pertama.
Lihat ringkasan mesej
Apple Intelligence* boleh menunjukkan ringkasan mesej belum dibaca dalam perbualan kepada anda. Lihat Gunakan Apple Intelligence dalam Mesej. Gunakan Apple Intelligence dalam Mesej.
Ketahui masa mesej dihantar
Pergi ke app Mesej
pada Mac anda.Lakukan satu daripada berikut:
Control-klik mesej dalam transkrip perbualan dan pilih Tunjukkan Masa.
Jika anda mempunyai trackpad atau Magic Mouse, anda juga boleh meleret ke kiri dengan dua jari pada mesej.