Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Terjemahkan teks dalam perbualan dalam Mesej pada Mac
Anda boleh menterjemahkan mesej yang anda terima dalam bahasa berbeza dengan serta-merta.
Nota: Terjemahan mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau di semua negara atau rantau. Lihat halaman web Ketersediaan Ciri macOS.
Pergi ke app Mesej pada Mac anda.
Pilih perbualan.
Pilih teks yang anda mahu terjemahkan, Control-klik teks, kemudian pilih Terjemah.
Daripada menu timbul, pilih bahasa teks yang anda terjemahkan (jika perlu) dan bahasa yang anda mahu terjemahkan kepada.