Nikmati kandungan bersama-sama secara langsung menggunakan SharePlay pada Mac
Semasa perbualan Mesej, anda mungkin menerima jemputan daripada seseorang pada iPhone atau iPad (iOS 16 atau iPadOS 16.1 diperlukan) untuk menonton rancangan atau mendengar muzik bersama menggunakan SharePlay. Klik jemputan untuk mula melihat atau mendengar.
Untuk menggunakan SharePlay dalam Mesej, anda mestilah menggunakan iMessage.
Nota: Sesetengah app yang menyokong SharePlay memerlukan langganan untuk menyertai. Bukan semua kandungan serasi dengan SharePlay. FaceTime, atau sesetengah ciri FaceTime dan perkhidmatan Apple lain mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Pergi ke app Mesej pada Mac anda.
Klik Sertai apabila anda menerima jemputan untuk menyertai SharePlay.
Setiap orang dalam perbualan boleh menggunakan kawalan main balik untuk memainkan, menjeda, putar balik atau maju pantas untuk semua orang, tetapi seting seperti kapsyen tertutup dan kelantangan dikawal secara berasingan.
Gunakan Mesej apabila anda mahu tiada gangguan pada bunyi filem, rancangan, lagu atau podcast, atau bertukar ke panggilan apabila anda mahu melihat dan mendengar orang lain semasa anda berbual.
Aktifkan Gambar dalam Gambar untuk terus menonton video semasa menggunakan app lain—untuk mencari di web atau menyemak e-mel anda.
Petua: Selepas video mula bermain, anda boleh strimnya ke Apple TV. Lihat Tonton bersama-sama menggunakan SharePlay dalam app Apple TV.