Hantar foto dan video dalam Mesej pada Mac
Kongsi pengalaman anda dengan orang lain dengan menghantar foto dan video—termasuk swafoto yang anda baru ambil—apabila anda menghantar mesej kepada mereka.
Pergi ke app Mesej pada Mac anda.
Pilih perbualan.
Klik ke sebelah kiri medan mesej, kemudian klik .
Pilih foto atau video daripada pustaka anda atau cari yang anda mahu hantar.
Anda juga boleh menyeret foto atau video ke medan mesej, atau salin dan tampalnya.
Untuk menyertakan mesej tulisan tangan dengan foto atau video, taipkannya dalam medan, kemudian tekan Return.
Nota: Anda boleh membuatkan Mac anda (atau ahli keluarga) dan peranti Apple lain menerima amaran tentang kandungan sensitif dan memberi amaran kepada anda sebelum ia dihantar atau diterima. Lihat Aktifkan atau nyahaktifkan Keselamatan Komunikasi dalam Masa Skrin dan Elakkan melihat imej dan video sensitif yang tidak diingini.