
Tukar seting Umum dalam Mesej pada Mac
Dalam app Mesej pada Mac anda, gunakan seting Umum untuk menukar pilihan umum untuk menggunakan Mesej.
Untuk menukar seting ini, pilih Mesej > Seting, kemudian klik Umum.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sediakan Perkongsian Nama dan Foto | Sediakan perkongsian nama dan foto untuk berkongsi nama dan foto anda dengan orang yang anda pilih. | ||||||||||
Nama | Kemas kini nama pertama dan akhir anda (hanya tersedia selepas anda menyediakan perkongsian nama dan foto). | ||||||||||
Kongsi Nama dan Foto | Kongsi nama dan foto anda dalam mesej yang anda hantar. Nyahpilih pilihan untuk berhenti berkongsi nama dan foto anda (hanya tersedia selepas anda menyediakan perkongsian nama dan foto). | ||||||||||
Kongsi Secara Automatik | Kongsi nama dan foto anda hanya dengan kenalan anda atau buatkan Mesej menggesa anda sebelum nama dan foto anda dikongsi dalam perbualan baharu (hanya tersedia selepas anda menyediakan perkongsian nama dan foto). | ||||||||||
Simpan mesej | Pilih berapa lama untuk menyimpan perbualan mesej dalam akaun anda. Sebagai contoh, jika anda memilih 30 Hari, perbualan anda (dan semua lampiran) tersedia dalam Mesej untuk 30 hari. Selepas tempoh tersebut, ia dikeluarkan secara automatik. Lihat Padam mesej dan perbualan. Nota: Anda juga boleh mengesetkan pilihan ini dalam seting iCloud. Lihat Tukar seting iCloud. | ||||||||||
Saring pengirim tidak dikenali | Anda boleh menghalang pengirim yang tidak dikenali daripada mnghantar mesej kepada anda secara terus. Mesej mereka ditapis ke folder lain dan anda tidak dimaklumkan tentangnya. Lihat Saring mesej daripada pengirim tidak dikenali. | ||||||||||
Tapis spam | Tapis mesej daripada pengirim tidak dikenali yang kelihatan seperti spam. | ||||||||||
Maklumkan saya apabila nama saya disebut | Terima pemberitahuan apabila sesiapa menyebut anda dalam perbualan. | ||||||||||
Latar belakang perbualan | Benarkan latar belakang perbualan. Lihat Peribadikan latar belakang. | ||||||||||
Main auto kesan mesej | Mainkan kesan skrin penuh secara automatik apabila diterima. Lihat Lihat animasi. | ||||||||||
Mainkan kesan bunyi | Mainkan kesan bunyi lalai apabila sebarang peristiwa berlaku. Lihat Mainkan bunyi untuk mesej baharu. | ||||||||||
Bunyi mesej diterima | Pilih bunyi yang dimainkan apabila mesej diterima. | ||||||||||
Saiz teks | Laraskan saiz teks dalam Mesej. |