Tukar keutamaan Umum dalam Mesej pada Mac
Dalam app Mesej pada Mac anda, gunakan keutamaan Umum untuk menukar pilihan umum untuk menggunakan Mesej.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih Mesej > Keutamaan, kemudian klik Umum.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sediakan Perkongsian Nama dan Foto | Sediakan perkongsian nama dan foto untuk berkongsi nama dan foto anda dengan orang yang anda pilih. | ||||||||||
Nama | Selepas anda mengesetkan perkongsian nama dan foto, edit nama pertama dan akhir anda. | ||||||||||
Kongsi Nama dan Foto | Selepas anda mengesetkan perkongsian nama dan foto, nyahpilih untuk berhenti berkongsi nama dan foto anda. | ||||||||||
Kongsi Secara Automatik | Selepas anda mengesetkan perkongsian nama dan foto, pilih untuk berkongsi nama dan foto anda hanya dengan kenalan anda atau buatkan Mesej menggesa anda sebelum nama dan foto anda dikongsi dalam perbualan baru. | ||||||||||
Simpan sesej | Pilih berapa lama untuk menyimpan perbualan mesej dalam akaun anda. Sebagai contoh, jika anda memilih 30 Hari, perbualan anda (dan semua lampiran) tersedia dalam Mesej untuk 30 hari. Selepas itu, ianya dikeluarkan secara automatik. Lihat Padam mesej dan perbualan. | ||||||||||
Maklumkan saya perihal mesej daripada kenalan yang tidak diketahui | Pilih untuk menerima pemberitahuan bila-bila masa sesiapa menghubungi anda. Jika anda tidak memilih pilihan ini, anda mendapat pemberitahuan hanya jika anda dihubungi oleh seseorang yang disenaraikan dalam Kenalan atau seseorang yang anda pernah menerima mesej sebelum ini daripadanya. | ||||||||||
Maklumkan saya apabila nama saya disebut | Pilih untuk menerima pemberitahuan apabila sesiapa menyebut anda dalam perbualan. | ||||||||||
Main auto kesan mesej | Mainkan kesan skrin penuh secara automatik apabila diterima. | ||||||||||
Mainkan kesan bunyi | Mainkan kesan bunyi lalai apabila sebarang peristiwa berlaku. Untuk mendapatkan butiran lanjut, lihat Mainkan kesan bunyi. | ||||||||||
Bunyi mesej diterima | Pilih bunyi yang dimainkan apabila mesej diterima. | ||||||||||
Saiz teks | Seret gelangsar untuk melaraskan saiz teks dalam Mesej. |