![](https://help.apple.com/assets/5FDCF587B5CA140B5620CEE5/5FDCF588B5CA140B5620CEEC/ms_MY/ae8d596d44d76eddfb1ea9eb4772e949.png)
Sediakan Mesej pada Mac
Gunakan iMessage untuk menghantar mesej tanpa had kepada rakan yang menggunakan iPhone, iPad, iPod touch dan Mac.
Jika anda mempunyai iPhone dengan iOS 8.1 atau lebih baru, anda juga boleh menghantar mesej SMS kepada mana-mana telefon mudah alih dari Mac anda. Lihat Sediakan iPhone untuk mendapatkan teks SMS pada Mac.
Sediakan iMessage
Dalam app Mesej
pada Mac anda, masukkan Apple ID dan kata laluan anda, kemudian klik Daftar Masuk.
Pastikan untuk mendaftar masuk menggunakan Apple ID yang sama pada setiap peranti. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Kesinambungan untuk menyambungkan Mac, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch anda.
Jika anda terlupa Apple ID atau kata laluan anda, atau jika anda perlu mencipta Apple ID, pergi ke tapak web akaun Apple ID.
Pilih Mesej > Keutamaan, klik iMessage, kemudian pilih mana-mana pilihan berikut:
Simpan mesej anda dalam iCloud: Pilih “Dayakan Mesej dalam iCloud.” Lihat Gunakan Mesej dalam iCloud.
Anda boleh dihubungi melalui mesej pada: Pilih alamat e-mel atau nombor telefon yang orang lain boleh gunakan untuk menghantar mesej kepada anda.
Lihat artikel Sokongan Apple Tambah atau keluarkan nombor telefon anda dalam Mesej atau FaceTime.
Hantar resit dibaca: Jika anda memilih ini, orang yang menghantar mesej kepada anda akan melihat apabila anda telah membaca mesej.
Anda juga boleh menghantar resit dibaca untuk perbualan sahaja.
Mulakan perbualan baru daripada: Pilih alamat e-mel atau nombor telefon yang anda mahu gunakan untuk memulakan perbualan baru.
Pilihan ini hanya tersedia jika anda mempunyai lebih daripada satu alamat e-mel atau nombor telefon disenaraikan di bawah “Anda boleh dihubungi melalui mesej pada.”
Anda juga boleh mengesetkan perkongsian nama dan foto serta pemberitahuan.
Henti menggunakan iMessage
Jika anda tidak mahu melihat mesej pada Mac, anda boleh daftar keluar.
Dalam app Mesej
pada Mac anda, pilih Mesej > Keutamaan, klik iMessage, kemudian klik Seting.
Pilih Daftar Keluar, kemudian sahkan yang anda mahu daftar keluar. Apabila anda mendaftar keluar daripada iMessage, anda tidak lagi menerima mesej.
Nota: Untuk berhenti menerima mesej yang dihantar kepada nombor telefon anda, nyahpilih nombor telefon di bawah “Anda boleh dihubungi melalui mesej pada”. Lihat artikel Sokongan Apple Tambah atau keluarkan nombor telefon anda dalam Mesej atau FaceTime.