Sekat mesej dalam Mesej pada Mac
Jika anda menggunakan iMessage untuk menghantar mesej teks, anda boleh berhenti menerima mesej teks daripada sesetengah orang.
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih perbualan.
Untuk mencari kenalan dan kandungan dalam perbualan, klik dalam medan Carian di penjuru kiri atas dan masukkan perkara yang anda cari. Atau, pilih daripada kenalan yang dicadangkan, pautan, foto dan banyak lagi.
Jika anda dihadkan untuk menghantar dan menerima mesej dengan hanya orang tertentu, ikon jam pasir muncul bersebelahan orang yang anda tidak boleh hantar mesej.
Pilih Perbualan > Sekat Orang, kemudian klik Sekat.
Petua: Cara lain untuk mengelakkan orang tidak diingini daripada mengganggu anda ialah dengan menyediakan komunikasi dengan kenalan anda sahaja.
Untuk melihat dan mengurus senarai nombor telefon dan kenalan disekat anda, pilih Mesej > Keutamaan, klik iMessage, kemudian klik Disekat. Lihat artikel Sokongan Apple Sekat nombor telefon, kenalan dan e-mel pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda.