Buat panggilan telefon menggunakan Mesej pada Mac
Anda boleh membuat panggilan telefon daripada Mac anda menggunakan Mesej jika anda mempunyai iPhone dengan iOS 8 atau lebih baru berdekatan. Panggilan disampaikan melalui iPhone anda, tetapi anda menggunakan mikrofon dan speaker Mac anda untuk berkomunikasi. Panggilan telefon menggunakan minit selular. Bayaran selular mungkin dikenakan. Lihat keperluan panggilan telefon FaceTime.
Dalam app Mesej pada Mac anda, di penjuru kanan atas perbualan, klik butang Butiran , kemudian klik butang Panggil .
Untuk mencari kenalan dan kandungan dalam perbualan, klik dalam medan Carian di penjuru kiri atas dan masukkan perkara yang anda cari. Atau, pilih daripada kenalan yang dicadangkan, pautan, foto dan banyak lagi.
Anda tidak boleh membuat panggilan kepada seseorang yang dihadkan oleh had komunikasi dalam Masa Skrin.
Jika ada lebih dari satu nombor pada kad kenalan, pilih nombor untuk dipanggil. Jika ada hanya satu nombor, panggilan bermula serta-merta.