Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
![](https://help.apple.com/assets/5FDCF587B5CA140B5620CEE5/5FDCF588B5CA140B5620CEEC/ms_MY/ae8d596d44d76eddfb1ea9eb4772e949.png)
Tukar keutamaan dalam Mesej pada Mac
Gunakan keutamaan Mesej untuk menyediakan dan mengaktifkan iMessage dan untuk menukar pilihan bagi menghantar dan menerima mesej teks.
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih Mesej > Keutamaan, kemudian klik anak tetingkap keutamaan:
Umum: Tukar pilihan umum seperti bunyi yang dimainkan apabila anda menerima mesej teks dan saiz teks lalai.
iMessage: Sediakan dan aktifkan iMessage. Tentukan pilihan seperti cara anda boleh dicapai untuk mesej teks dan jika anda mahu menghantar resit dibaca.
Untuk mengetahui tentang pilihan dalam anak tetingkap, klik butang Bantuan di bawah anak tetingkap.