Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tukar keutamaan dalam Mesej pada Mac
Gunakan keutamaan Mesej untuk menyediakan dan mengaktifkan iMessage, menukar pilihan bagi menghantar dan menerima mesej, serta mengaktifkan Dikongsi dengan Anda.
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih Mesej > Keutamaan, kemudian klik anak tetingkap keutamaan:
Umum: Tukar pilihan umum seperti bunyi yang dimainkan apabila anda menerima mesej dan saiz teks lalai.
iMessage: Sediakan dan aktifkan iMessage. Tentukan pilihan seperti cara anda boleh dicapai untuk mesej dan jika anda mahu menghantar resit dibaca.
Dikongsi dengan Anda: Aktifkan Dikongsi dengan Anda untuk setiap app yang mahu melihat kandungan yang telah dikongsi dengan anda.
Untuk mengetahui tentang pilihan dalam anak tetingkap, klik butang Bantuan di bawah anak tetingkap.