Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
![](https://help.apple.com/assets/62266682DA672F7D3957F27E/6226668DDA672F7D3957F286/ms_MY/ae8d596d44d76eddfb1ea9eb4772e949.png)
Gunakan kesan mesej pada Mac
Dengan macOS 11 dan lebih baharu, anda boleh menambahkan kesan khas ke mesej anda—animasi skrin penuh seperti bunga api, belon atau konfeti; kesan khusus mesej seperti slam atau gema; atau kesan interaktif, seperti dakwat halimunan yang rakan anda perlu leretkan untuk membaca teks anda.
![Tetingkap Mesej dengan beberapa perbualan disenaraikan dalam bar sisi di sebelah kiri dan kesan perbualan, bunga api, muncul dalam perbualan di sebelah kanan.](https://help.apple.com/assets/62266682DA672F7D3957F27E/6226668DDA672F7D3957F286/ms_MY/0d90ed8784e7af4f8e60105c8fbd9453.png)
Dalam app Mesej
pada Mac anda, pilih perbualan.
Masukkan mesej anda dalam medan di bahagian bawah tetingkap.
Klik butang App
, klik butang Kesan Mesej
, kemudian klik kesan yang anda mahu.
Apabila anda memilih kesan, anda melihat pratontonnya.
Untuk menghantarnya, tekan Return pada papan kekunci anda atau klik butang Hantar
.