Masukkan fail daripada iPhone atau iPad dalam mesej anda pada Mac
Ambil gambar, imbas dokumen, atau lukis lakaran dengan iPhone atau iPad berdekatan anda dan jadikannya kelihatan serta-merta pada Mac anda untuk disertakan dalam perbualan mesej.
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih perbualan.
Pilih Fail > Import daripada iPhone atau iPad, kemudian pilih satu daripada pilihan.
Pada iPhone atau iPad anda, lakukan salah satu daripada berikut:
Untuk foto: Ambil foto, kemudian ketik Gunakan Foto atau Ambil Semula.
Untuk imbasan: Imbas dokumen. Peranti anda mengesan pinggir dokumen dan membetulkan secara auto sebarang herotan imej—jika anda mahu melaraskan kawasan yang disertakan dalam imbasan, seret bingkai atau pinggirnya. Apabila anda bersedia, ketik Simpan Imbasan atau Ambil Semula. Apabila anda berpuas hati dengan imbasan, ketik Simpan.
Untuk lakaran: Lukis lakaran menggunakan jari anda; pada iPad, anda juga boleh menggunakan Apple Pencil. Apabila anda sudah bersedia, ketik Selesai atau Batal.
Pada Mac anda, gambar, imbasan, atau lakaran kelihatan dalam medan mesej.
Jika anda mahu menyertakan mesej tulisan tangan dalam foto, imbasan, atau lakaran, taipkannya dalam medan, kemudian tekan Return pada papan kekunci anda.
Jika anda mempunyai foto dan fail lain pada Mac, anda juga boleh menyeretnya ke medan mesej, atau menyalin dan menampalnya untuk dihantar.