Tukar atau nyahaktifkan pemberitahuan daripada Peta pada Mac
Pada Mac anda, kawal jenis pemberitahuan yang anda terima daripada Peta—termasuk isyarat tentang ETA dikongsi daripada rakan anda atau kemas kini tentang foto dan laporan anda—atau terus nyahaktifkannya.
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Pemberitahuan
dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Peta dalam senarai di sebelah kanan, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Tukar pemberitahuan: Setkan pilihan, seperti gaya pemberitahuan untuk menerima atau tempat untuk menunjukkan pemberitahuan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pilihan, klik
di bahagian kanan bawah.
Nyahaktifkan semua pemberitahuan daripada Peta: Nyahaktifkan “Benarkan pemberitahuan”.
Nota: Untuk memaparkan pemberitahuan daripada Peta apabila Fokus aktif, anda mesti membenarkan pemberitahuan kelihatan. Lihat Sediakan Fokus.