![](https://help.apple.com/assets/63BDE79611272D601E12C696/63BDE79E11272D601E12C69E/ms_MY/f879e8fec1cd7c4dfe20ca5fe0572a12.png)
Tukar atau nyahaktifkan semua pemberitahuan daripada Peta pada Mac
Pada Mac anda, kawal jenis pemberitahuan yang anda terima daripada Peta atau terus nyahaktifkannya.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Pemberitahuandalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Peta dalam senarai di sebelah kanan, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Tukar pemberitahuan: Setkan pilihan, seperti gaya pemberitahuan untuk menerima atau tempat untuk menunjukkan pemberitahuan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pilihan, klik butang Bantuan
di bahagian kanan bawah.
Nyahaktifkan semua pemberitahuan daripada Peta: Nyahaktifkan “Benarkan pemberitahuan”.
Nota: Untuk memaparkan pemberitahuan daripada Peta apabila Fokus aktif, anda mesti membenarkan pemberitahuan kelihatan. Lihat Sediakan Fokus.