Setkan alamat rumah, kerja dan sekolah dalam Peta pada Mac
Jika anda menyediakan Kad Saya anda dalam Kenalan, alamat rumah, tempat kerja dan sekolah anda akan kelihatan dalam Kegemaran dalam Peta. Jika anda belum, anda boleh menambahkan alamat terus daripada Peta.
Dalam app Peta pada Mac anda, klik butang Info di sebelah Rumah atau Kerja (dalam bar sisi di bawah Kegemaran).
Jika kegemaran anda tidak ditunjukkan, klik anak panah .
Klik Buka Kad Kenalan Saya.
Jika anda tidak mempunyai kad kenalan, anda boleh mencipta kad kenalan baharu atau menjadikan kad sedia ada sebagai kad kenalan anda.
Klik “tambah alamat”, klik anak panah , kemudian pilih sama ada anda mahu menambahkan alamat rumah, tempat kerja atau sekolah.
Masukkan alamat anda, kemudian klik Selesai.
Alamat rumah, tempat kerja atau sekolah kini kelihatan dalam kegemaran anda.
Anda juga boleh menjadikan lokasi kegemaran sedia ada sebagai alamat rumah, kerja atau sekolah anda. Klik butang Info , pilih jenis, kemudian klik Kemas Kini.