Laporkan isu dengan Peta pada Mac
Anda boleh melaporkan maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap tentang lokasi, arah dan banyak lagi.
Nota: Untuk melaporkan isu, anda mesti mempunyai Mac dengan Apple silicon, Cip Keselamatan T2 Apple, atau Touch Bar. Lihat artikel Sokongan Apple Komputer Mac dengan Apple silicon dan Model Mac dengan Cip Keselamatan T2 Apple.
Pergi ke app Peta pada Mac anda.
Pilih Peta > Laporkan Isu.
Klik , kemudian pilih satu daripada berikut:
Laporkan Sesuatu yang Tiada
Laporkan Isu Jalan
Laporkan Isu Tempat
Ikuti arahan atas skrin untuk memberikan butiran.
Klik Hantar.
Anda boleh menyemak sebarang laporan yang anda hantar dalam tempoh 90 hari lalu. Klik dalam bar alat, kemudian klik Laporan.
Anda juga boleh melaporkan isu untuk lokasi daripada kad tempatnya. Klik lokasi pada peta, skrol ke bawah dalam kad tempat, klik Laporkan Isu, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Untuk menukar alamat yang digunakan untuk rumah atau kerja anda, lihat Jadikan pin sebagai rumah, kerja atau alamat sekolah anda.
Jika anda memiliki perniagaan (besar atau kecil), anda boleh menggunakan Apple Business Connect untuk membantu pelanggan mencarinya dalam Peta, Apple Wallet, Siri dan banyak lagi. Ketahui lebih lanjut tentang Apple Business Connect.