Bar sisi dalam tetingkap Mail menunjukkan peti masuk untuk akaun iCloud, sekolah dan kerja.

Jangan terlepas e-mel

Apabila anda menambah akaun e-mel anda (seperti iCloud, Exchange, sekolah, atau kerja) ke Mail, anda menerima semua e-mel anda dalam satu tempat—tanpa mendaftar masuk ke sebarang tapak web.

Cara untuk menambah atau mengeluarkan akaun e-mel

Anak tetingkap Disekat menunjukkan senarai pengirim disekat. Kotak semak untuk mendayakan penapisan mel disekat dipilih, begitu juga dengan pilihan untuk menandakan mel disekat tetapi membiarkannya dalam Peti Masuk semasa ia tiba.

Kurangkan hingar

Pastikan peti masuk dan perhatian anda kekal fokus dengan menyekat e-mel daripada orang atau kumpulan tertentu.

Cara untuk menyekat pengirim

Bar sisi dalam tetingkap Mail menunjukkan beberapa peti mel untuk akaun iCloud.

Susun e-mel anda

Anda tidak perlu menyimpan semuanya dalam peti masuk anda—peti mel adalah cara yang mudah untuk menyusun e-mel anda.

Cara untuk mencipta atau memadam peti mel

Tetingkap Mail dengan “john” dalam medan carian dan Hasil Teratas di bahagian atas hasil carian dalam senarai mesej.

Cari e-mel dengan cepat

Mudah saja untuk mencari mesej e-mel, tidak kira peti mel atau folder yang mengandungi mesej.

Cara untuk mencari e-mel

Untuk melayari Panduan Pengguna Mail, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman.

Jika anda memerlukan lebih banyak bantuan, lawati tapak web Sokongan Mail.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.