Menyediakan peranti audio Bluetooth
Bluetooth adalah teknologi wayarles yang membenarkan komputer dan peranti berkomunikasi tanpa menggunakan kabel.
Untuk menggunakan peranti audio Bluetooth seperti set kepala atau speaker, anda mesti sambungkan peranti dengan Mac anda dahulu, kemudian pilih peranti sebagai peranti input atau output anda.
Menyediakan peranti audio Bluetooth
Pilih peranti dari menu status Bluetooth dalam bar menu (), kemudian pilih Sambung.
Jika menu status Bluetooth tiada dalam bar menu, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Bluetooth, kemudian pilih kotak semak “Tunjukkan Bluetooth dalam bar menu” di bahagian bawah tetingkap.
Buka keutamaan Bluetooth untuk saya
Nota: Jika anda tidak dapat melihat Bluetooth dalam Keutamaan Sistem, komputer anda tidak menyokong Bluetooth.
Ikut arahan pada skrin untuk setkan peranti.
Pilih peranti audio Bluetooth sebagai peranti input atau output komputer anda
Pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Bunyi.
Jika peranti anda bertujuan digunakan untuk output bunyi (sebagai contoh, fon kepala), klik Output. Jika peranti anda bertujuan digunakan untuk input bunyi (sebagai contoh, set kepala), klik Input.
Pilih peranti yang anda mahu gunakan dalam senarai peranti.